#MHGlobal [GAMBAR] Ranveer-Deepika Sudah Selamat Nikah Di Italy, Tapi Para Tetamunya…

Share

Pasangan selebriti Bollywood, Ranveer Singh dan Deepika Padukone dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga pada 14 November.

Difahamkan, pasangan paling sensasi itu selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi sebuah majlis eksklusif dan tertutup di Lake Como, Italy.

Beberapa individu penting kedua-dua keluarga belah pihak sempat dirakam lensa paparazzi yang setia menantikan detik bersejarah pasangan ini. Malah, beberapa keping foto sesi tersebut juga sudah pun menjadi tular.

Dilaporkan juga, tetamu yang meraikan pernikahan mereka hanyalah sekitar 40 orang dan mereka turut dilarang untuk merakam gambar sekitar majlis.

Resepsi pertama mereka akan diadakan pada 21 November  depan, khas buat keluarga sementara pada 28 November pula, majlis sama akan diadakan khusus bagi para penggiat seni Bollywood.

Terdahulu, mereka dikatakan mulai menjalin hubungan selepas terlibat di dalam filem Goliyon Ki Raasleela – Ram Leela. Selepas itu, keduanya kerap digandingkan bersama.

Antara filem hits mereka ialah Bajirao Mastani arahan Sanjay Leela-Bhansali.

Foto: Hindustantimes.com

IKLAN