#MHGlobal [GAMBAR] Nick Jonas & Priyanka Chopra Kahwin Hujung Minggu Ini, Para Tetamu Dah Sampai India!

Share

Khabar angin mengatakan bahawa Nick Jonas dan pasangannya, Priyank Chopra akan berkahwin hujung minggu ini dalam satu upacara tradisional di India.

Malah, pasangan itu juga telah melakukan upacara pra-perkahwinan mengikut adat tradisional di India dan dikatakan akan membuat satu lagi majlis di Amerika nanti.

Lebih menguatkan lagi andaian tersebut apabila kelihatan ahli keluarga Nick dan teman rapat pasangan itu tiba di India, semalam.

Antaranya adalah abang kepada Nick iaitu Joe dan tunangnya, Sophie Turner, Kevin dan isterinya, Danielle, ibu bapa Nick iaitu Denise dan Paul serta ibu Priyanka, Madhu semuanya kini berada di Jodhpur bagi meraikan pasangan itu.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle dikatakan tidak dapat hadir ke perkahwinan mereka atas sebab kesihatan.

Ogos lalu, pasangan ini bertunang mengikut cara tradisional di India dalam satu majlis ringkas yang hanya dihadiri ahli keluarga.

Malah, berita pertunangan mereka juga turut disampaikan sendiri menerusi laman instagram masing-masing.

Sumber: Glamour

Foto: Carian Google

IKLAN