
Khabar angin mengatakan bahawa Nick Jonas dan pasangannya, Priyank Chopra akan berkahwin hujung minggu ini dalam satu upacara tradisional di India.
Malah, pasangan itu juga telah melakukan upacara pra-perkahwinan mengikut adat tradisional di India dan dikatakan akan membuat satu lagi majlis di Amerika nanti.
Lebih menguatkan lagi andaian tersebut apabila kelihatan ahli keluarga Nick dan teman rapat pasangan itu tiba di India, semalam.
Antaranya adalah abang kepada Nick iaitu Joe dan tunangnya, Sophie Turner, Kevin dan isterinya, Danielle, ibu bapa Nick iaitu Denise dan Paul serta ibu Priyanka, Madhu semuanya kini berada di Jodhpur bagi meraikan pasangan itu.
![#MHGlobal [GAMBAR] Nick Jonas & Priyanka Chopra Kahwin Hujung Minggu Ini, Para Tetamu Dah Sampai India! 8 #MHGlobal [GAMBAR] Nick Jonas & Priyanka Chopra Kahwin Hujung Minggu Ini, Para Tetamu Dah Sampai India!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/nick.png)
Bagaimanapun, difahamkan bahawa Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle dikatakan tidak dapat hadir ke perkahwinan mereka atas sebab kesihatan.
Ogos lalu, pasangan ini bertunang mengikut cara tradisional di India dalam satu majlis ringkas yang hanya dihadiri ahli keluarga.
![#MHGlobal [GAMBAR] Nick Jonas & Priyanka Chopra Kahwin Hujung Minggu Ini, Para Tetamu Dah Sampai India! 9 #MHGlobal [GAMBAR] Nick Jonas & Priyanka Chopra Kahwin Hujung Minggu Ini, Para Tetamu Dah Sampai India!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/08/nick-jonas-237x300.png)
Malah, berita pertunangan mereka juga turut disampaikan sendiri menerusi laman instagram masing-masing.
Sumber: Glamour
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

![[GAMBAR] “Macam Sama Tapi Bukan Dia,” -Individu Ini Dikatakan Seperti ‘Kembar’ King Koko, Sama Ke Masalahnya? 10 [GAMBAR] “Macam Sama Tapi Bukan Dia,” -Individu Ini Dikatakan Seperti ‘Kembar’ King Koko, Sama Ke Masalahnya?](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/8070E64C-D343-4930-9069-5F2FA34B4590.jpeg)
![[GAMBAR] "Kalah Super Model", 10 Selebriti Wanita Ini Miliki ‘Jawline’ Yang Memang On Point Dari Sisi. Siapa Mereka? 25 [GAMBAR] "Kalah Super Model", 10 Selebriti Wanita Ini Miliki ‘Jawline’ Yang Memang On Point Dari Sisi. Siapa Mereka?](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/5F1B48D2-D298-4489-A770-5148ABFCFB60.jpeg)
![[GAMBAR] “Dulu Dagu Kotak, Hidung Kembang Kemek...,”- Netizen Mulai Bandingkan Perubahan Wajah Fatin Afeefa, Dulu & Kini. Motif? 46 [GAMBAR] “Dulu Dagu Kotak, Hidung Kembang Kemek...,”- Netizen Mulai Bandingkan Perubahan Wajah Fatin Afeefa, Dulu & Kini. Motif?](https://cdn.mediahiburan.my/2018/11/AAB7242E-F13C-4D0C-A75D-9600D3D4600E.jpeg)
