#MHGlobal Beza Likes Hampir 20 Juta & Populariti Dirampas Sebiji Telur, Kylie Jenner Lepas Geram Di Tengah Jalan!

Share

Nampaknya tumpuan dunia telah pun beralih arah.

Antara selebriti paling berpengaruh dunia yang juga usahawan kosmetik, Kyler Jenner hilang rekod gara-gara sebiji telur.

Foto sebiji telur pemilik akaun Instagram World Record Egg mendapat lebih 37 juta likes dan sehingga kini diikuti 5 juta pengikut.

Foto sebiji telur dengan latar belakang berwarna putih itu kini menjadi gambar paling popular di laman web, lalu trending seluruh dunia.

Lebih menarik, foto telur ini mendapat lebih likes daripada pengumuman tergempar ketika Kyle Jenner ketika melahirkan anak.

Dalam sebuah video yang dimuat naik Kylie sehari lalu di Instagram, adik kepada Kendall Jenner dilihat telah melepaskan geram terhadap sebiji telur di atas jalan raya.

Kylie dilihat memecahkan telur dan terhibur dengan caption take that little egg.

Kredit foto : Instagram Kylie Jenner dan World Record Egg

IKLAN