1.Hanya Sekadar Berkongsi, Alif Satar Dituduh Riak?

#MHBreakfirst: Recap 4 Update Hiburan Hujung Minggu Yang Mungkin Anda Terlepas

Selepas Fattah Amin dan Fazura menunaikan umrah, kini giliran pelakon serta penyanyi terkenal Alif Satar berpeluang menjejak kaki ke Makkah.

Ketika MH menjengah di laman Instagram Alif , terlihat satu video yang cukup menarik perhatian ramai.

Video tersebut memperlihatkan Alif sedang membantu mengusung jenazah di Mekah. Memang bertuah sungguh Alif dapat merasai pengalaman sebegini.

Namun, tindakannya yang hanya ingin berkongsi ini telah disalah ertikan oleh netizen sehingga ada yang memanggilnya riak dan sengaja menunjuk-nunjuk.

Tetapi betul ke? Ini penjelasan Alif tentang isu ini…

BACA: Alif Satar Dituduh Riak Usung Jenazah Di Mekah

2.Wow, Kek Kahwin Mawar & Raf Punyai 7,777 Biji Kristal?

#MHBreakfirst: Recap 4 Update Hiburan Hujung Minggu Yang Mungkin Anda Terlepas

Jumaat lalu telah berlangsungnya majlis resepsi bagi pasangan pengantin baru, Mawar Rashid dan jejaka pilhan hatinya, Raf Yaakob.

IKLAN

Sudah menjadi kelaziman setiap majlis resepsi pasti mempunyai upacara memotong kek oleh pasangan raja sehari.

Apa yang menariknya pada majlis resepsi Mawar dan Raf adalah kek perkahwinan mereka telah mencipta sejarah dalam resepsi persandingan di mana kek yang diberi nama Encahnted Rose itu telah dihiasi dengan Kristal Swarovski pada bahagian juraian lampu gantung mewah.

Lapisan kek pula telah dihisai dengan 7,777 biji kristal dengan ketinggian 13 kaki dan sekaligus menjadi kek tertinggi pernah dihasilkan sepanjang sejarah resepsi persandingan di Malaysia.

#MHBreakfirst: Recap 4 Update Hiburan Hujung Minggu Yang Mungkin Anda Terlepas

BACA: Wow, Kek Perkahwinan Mawar Dan Raf Punyai 7,777 Biji Kristal!

IKLAN

3.Izreen Asminda Jelaskan Dia Bukan Perampas Sebaliknya Hanya Ingin Menumpang Kasih

#MHBreakfirst: Recap 4 Update Hiburan Hujung Minggu Yang Mungkin Anda Terlepas

Jika sebelum ini Izreen pernah meminta orang ramai tunggu jawapannya sehingga satu sidang media dilakukan, namun dengan adanya kenyataan dari isteri pertama dan pengakuan dari pengantin lelaki akhirnya segala teka-teki terjawab sebelum sidang media dilakukan.

Menurutnya Izreen telah menjadi mangsa cemuhan netizen kerana spekulasi-spekulasi liar yang wujud kerana kontroversi yang timbul.

Namun, MH difahamkan Izreen telah menjawab segala persoalan netizen dengan berkata dia langsung tiada niat untuk merampas atau meruntuhkan rumah tangga pemuzik tersebut.

Sebaliknya, Izreen hanya ingin menumpang kasih sayang dan tidak pernah terfikir untuk meminta pasangannya meninggalkan isteri pertama.

IKLAN

Apapun MH nak ucapkan selamat pengantin baru buat kedua pasangan ini dan berharap si suami akan berlaku adil terhadap pasangannya.

4. Muka Bengkak, Sajat Dikatakan Buat Muka?

#MHBreakfirst: Recap 4 Update Hiburan Hujung Minggu Yang Mungkin Anda Terlepas

Selain kecoh tentang button dislike lebih banyak daripada like lagu terbaru Aliff Syukri bersama Sajat, isu wajah Sajat juga menjadi perbualan hangat oleh netizen.

Mana tidaknya, jika dahulu wajahnya sangat terkenal dengan tulang pipi yang tinggi, kini ada kelainan sedikit dengan wajah agak membulat ala-ala idol kpop. Malah, jika dilihat memang banyak perubahannya.

Namun bagaimanapun menurut empunya badan, bibirnya bengkak disebabkan dia membuat crowning gigi.

Tetapi kenapa bibirnya tururt bengkak tidak pula kami tahu. Mungkin efeknya sampai ke bibir. Kesian Sajat!

Jika benar Sajat tidak sihat, sama-sama kita doakan yang baik buat dirinya. Semoga cepat sembuh!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI