Pelakon Izara Aishah, 25, kini sah bergelar isteri kepada Muhammad Adib Khalid, 27, yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan sekali lafaz jam 9 malam semalam.

Pasangan sama cantik sama padan itu telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor, Ustaz Mohd Jazlan Ali.

Pada majlis yang diadakan di sebuah lokasi di Damansara itu, bekas finalis Dewi Remaja 2010/11 itu menerima mas kahwin RM700 berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang dari pihak perempuan.

Bagaimana pun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan pengantin.

Sementara itu, majlis akad nikah tersebut telah dilakukan secara tertutup dan dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat terdekat.

IKLAN

Terdahulu, pasangan yang menyarung persalinan ilham Dato’ Rizalman Ibrahim ini telah mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu selepas menyulam cinta selama tiga tahun.

Majlis yang turut mendapat sentuhan perancang perkahwinan GlamWeddings itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi Marsha dan Kilafairy.

IKLAN

Antara rakan artis yang turut hadir meraikan pengantin ialah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

Ini dia beberapa gambar di persekitaran majlis pernikahan mereka…

IKLAN

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI