1. Tahniah! Tasha Manshahar Kini Tunangan Orang

#MHBreakFirst: 4 Update Terkini Tentang Dunia Hiburan

Beberapa hari yang lalu, Tasha Manshahar yang terkenal dengan lagu Cuba Teka telah berkongsi beberapa keping gambar majlis beserta dengan sekeping gambar menyarung cincin membuatkan ramai tertanya-tanya adakah penyanyi ini cuba sampaikan sesuatu?

Walaupun ala-ala mempromosikan perniagaan, namun menerusi Harian Metro Tasha mengakui dia kini sah bergelar tunangan kepada seorang lelaki kelahiran Melaka.

Selepas setahun berkenalan, mereka telah melangkah ke satu fasa seterusnya dan bakal bernikah pada pertengahan bulan Januari akan datang.

Tasha yang pada awalnya ingin berahsia tentang hal pertunangannya, namun terpaksa berterus terang kepada media lain kerana ramai yang sudah berkongsi tentang pertunangannya.

Menurutnya lagi tarikh perkahwinan sudah ditetapkan tetapi masih belum boleh dikongsikan lagi.

2. Norzizi Zukifli Kini Bergelar Doktor Falsafah

#MHBreakFirst: 4 Update Terkini Tentang Dunia Hiburan

Wah bangga MH melihat percapaian pelakon senior Norzizi Zukifli yang kini berjaya miliki PhD dari University of Wollongong bidang bidang School of the Arts, English and Media di Australia.

IKLAN

Norzizi telah berkongsi kegembiraanya di Instagram dan melahirkan rasa bersyukur kerana urusannya dipermudahkan dan berjaya.

Menurutnya pelbagai rintangan yang harus dilaluinya sebelum siap dan selesai menghantar thesisnya.

Walaupun pernah hampir putus asa kerana kesihatan ayahnya, namun dia tetap kuatkan semangat untuk tidak mengalah.

3. Gara-Gara Viral Gambar Hadiah Kereta, Siti Sarah Dikecam Kerana Gelap!

#MHBreakFirst: 4 Update Terkini Tentang Dunia Hiburan

IKLAN

Aduh simpati MH pada Isteri Shuib Sepahtu, Siti Sarah Raisuddin yang di kecam kerana kulit wajahnya.

Baru-baru ini gambar shuib bersamanya dan ibu menjadi viral gara-gara pemberian hadiah istimewa sebuah kereta, namun apa yang menjadi perhatian ramai bukanlah kereta yang diberi, sebaliknya kulit wajah Sarah yang dikatakan agak gelap jika dibandingkan dengan gambar-gambarnya yang lain.

Walaubagaimanapun Sarah telah menjelaskan apa yang terjadi sehingga dirinya nampak gelap di dalam gambar tersebut.

BACA:

IKLAN

Kerana Gambar Pemberian Kereta Viral, Siti Sarah Dikecam Berkulit Gelap! Ini Penjelasannya…

4. Shahrol Shiro Bikin Riuh Di Sekolah Sambut Murid Tahun 1

#MHBreakFirst: 4 Update Terkini Tentang Dunia Hiburan

Seperti yang kita tahu, hari pertama persekolahan memang benar-benar mencabar.

Ada di antara murid yang agak beremosi da nada juga yang terlalu teruja berjumpa rakan-rakan sehinggakan tidak mahu pulang ke rumah.

Melalui sebuah video yang telah dikongsi oleh orang ramai, nampaknya kehadiran pelakon Shahrol telah meriuhkan lagi keadaan dengan aura positifnya menghiburkan murid-murid.

Bukan sahaja murid-murid, ibu bapa mereka turut terhibur dengan aksi-aksi spontan pelawak tersebut yang menyamar sebagai seorang ‘pak guard’.

https://youtu.be/vK6KZuXgXrw

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI