1. Datuk Seri Siti Nurhaliza Padam Video Imbasan Ultrasound

#MHBreakfirst: 4 Update Paling Mengejutkan Berlaku Malam Tadi!

MH memang teruja bila Tok Ti kongsi sebuah video imbasan ultrasound kandungannya.

Seperti yang kami katakan sebelum ini, ramai yang turut gembira mendoakan agar kandungannya itu sihat dan selamat.

Namun lebih menjadi tumpuan apabila salah seorang yang berada di dalam bilik tersebut (kemungkinan doktor) ada menyebut jantina bayi tersebut.

Namun baru-baru ini, Tok Ti telah menarik semula video tersebut atas alasan tertentu.

SELANJUTNYA : [VIDEO] Tok Ti Kongsi Video Imbasan Ultrasound, Mungkinkah Bayi Perempuan?

2. Elyana Umum Menghidapi Kanser Tahap 4

#MHBreakfirst: 4 Update Paling Mengejutkan Berlaku Malam Tadi!

Terkejut dan tidak sangka, melalui program Gegar Vaganzar 4 semalam, Elyana telah memberitahu secara terbuka yang dirinya merupakan seorang penghidap kanser ke 4.

IKLAN

Elyana yang terkeluar malam tadi memberitahu semua orang tentang kondisi kesihatannya dan menasihati orang ramai untuk jangan menghadkan apa yang dimahukan hanya kerana kesihatan.

Sebelum ini Elyana pernah menafikan dirinya menghidapi kanser dan menganggap tuduhan itu tidak benar sebelum melangkah kaki ke Makkah.

SELANJUTNYA: “Saya Adalah Pesakit Kanser Tahap Ke-4” – Elyana Buat Ramai Peminat Terkejut!

3. Lainnya Wajah Danny X-Factor!

#MHBreakfirst: 4 Update Paling Mengejutkan Berlaku Malam Tadi!

MH masih ingat lagi suatu masa dahulu kumpulan X-Factor memang popular dikalangan remaja.

IKLAN

Mana tidaknya, boleh dikatakan mereka mempunyai barisan penyanyi yang cukup kacak dan lagu-lagunya juga sangat catchy mengikut peredaran masa di awal tahun 2000.

Antara ahli kumpulan mereka yang terkenal adalah Danny. Tidak dinafikan, Danny memang antara ahli kumpulan yang popular. Mana tidaknya wajahnya sering muncul di kaca TV.

Namun baru-baru ini melalui sebuah portal hiburan, MH terkejut melihat perubahan wajah Danny.

Kami difahamkan kini Danny bekerja sebagai seorang pemandu Uber namun dia bukanlah ‘tidak laku’ seperti yang disangkakan.

Selain pekerjaan sebagai pemandu, Danny sebenarnya memiliki syarikat Double Channel Sdn. Bhd. Dan mempunyai projek terkini iaitu karnibal online Timorfest dan sibuk menerbit program TV Destinasi Selebriti dan 2Roda untuk saluran RTM.

IKLAN

Ini dia beberapa gambar Danny yang terkini.

4. Lan Dengan Rasmi Umumkan Tarik Diri Daripada Kumpulan Kristal

#MHBreakfirst: 4 Update Paling Mengejutkan Berlaku Malam Tadi!

MH tahu bukan senang untuk lakukan keputusan ini, tetapi MH harap Lan sudah fikirkan yang terbaik.

Seperti yang kita tahu baru-baru ini Kumpulan Kristal telah mengumumkan akan merehatkan Mohd Razlan Mohamed atau lebih dikenali sebagai Lan Kristal selaku vokalis utama untuk kumpulan rock tersebut.

Kontroversi ini timbul sebaik sahaja Lan memasuki Gegar Vaganza 4 dan salah sebuah akhbar telah menyiarkan pendapat Lan yang kononnya ingin keluar dari zon keselesaan dengan bergerak solo.

Namun mengikut penerangan Lan kepada sebuah portal hiburan, dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan Kristal, sebaliknya hanya merancang untuk buat projek solo dan teringin mencuba sesuatu yang baru.

Lan yang selama ini tidak pernah melakukan sebarang masalah dalam dunia hiburan memberitahu demi kebaikan dihadapan orang ramai, Lan mengistiharkan dengan rasminya dia meninggalkan kumpulan tersebut.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI