Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Kurang Popular, Tapi Penuh Kontroversi!

Share

1. Kongsi Shopping Baju Dalam, Datuk Seri Vida Dikecam Kerana Buka Aib Anak

Gara-gara berkongsi video anak yang dikenali sebagai Cik B di Instagram sedang membeli pakaian dalam di sebuah butik popular, Datuk Seri Vida teruk dikecam oleh netizen!

Rata-rata meminta Vida untuk lebih sensitif dalam berkongsi segala update di sosial media terutamanya apabila melibatkan aib anak sendiri.

BACA:

‘Ya Tohannnnnn! Malu Lah Datuk Oi!’ Netizen Minta Datuk Seri Vida Jaga Aib Anak

2.  Jika Tidak Jumpa, Johan As’ari Tidak Reda Cara Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary Tegur Iqram

Mesti korang ingat lagi kan dengan isu yang mengaitkan Iqram Dinzly dengan seorang ustaz iaitu Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary yang mendakwa Iqram memperlekehkan nama Baginda Rasulullah.

Semalam, MH ada terlihat di Instagram pelakon popular, Johan As’ari telah meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan cara ustaz tersebut menegur sahabat baiknya itu.

Johan juga turut berkongsi video di Instagramnya meminta untuk ustaz tersebut berjumpa dengan atau dia tidak redha cara ustaz tersebut menilai Iqram dengan sebegitu rupa.

BACA :

‘Datang Jumpa Saya Atau Saya Tak Reda Ustaz Menilai Iqram Sebegitu’ – Johan As’ari

3. Beto Kusyairy Bosan Dengan Drama Melayu?

“Tak sudah-sudah dengan kisah cinta berlainan taraf & kahwin paksa untuk gabung/selamatkan empayar perniagaan ni. Sampai bila eh kita nak duduk kat takuk ni? ke ini yang majoriti penonton kita nak?”

Antara ayat yang dikeluarkan oleh Beto Kusyairy. Asyik disajikan genre drama yang sama, pelakon, Beto Kusyairy meluahkan isi hatinya di Twitter dan berkata kita bagaikan berada hidup dengan cerita fantasi semata.

BACA:

 

4. Aishah Mengamuk, Gambar Jadi Testimoni

Berita ini mula dikongsi oleh Aishah menerusi akaun Instagramnya beberapa hari lalu dengan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kurus dan menggunakan gambar beliau sebagai testimoni.

Selepas posting tersebut, Aishah memuat naik satu lagi post yang menyatakan pihak berkenaan mahu mengeluarkan kenyataan maaf namun masih menyimpan lagi gambarnya di akaun media sosial mereka.

Pihak berkenaan telah memohon maaf secara terbuka di akaun media sosial mereka dan permohonan maaf mereka ini telah di screenshot oleh Aishah dan telah dikongsikan di Instagramnya.

BACA:

IKLAN