Mesti korang ingat lagi kan dengan isu yang mengaitkan Iqram Dinzly dengan seorang ustaz iaitu Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary yang mendakwa Iqram memperlekehkan nama Baginda Rasulullah.
Iqram dalam sebuah program TV beberapa hari lalu telah menggelarkan Nabi Muhammad SAW dengan nama ‘Che Mat’ dan perkara ini mendapat perhatian ustaz tersebut.
Beberapa jam lalu MH ada terlihat di Instagram pelakon popular, Johan As’ari telah meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan cara ustaz tersebut menegur sahabat baiknya itu.
Johan juga turut berkongsi video di Instagramnya meminta untuk ustaz tersebut berjumpa dengan atau dia tidak redha cara ustaz tersebut menilai Iqram dengan sebegitu rupa.
“Saya berharap ustaz terbabit datang berjumpa dengan saya atau tidak redha ustaz menilai Iqram dengan cara sebegitu,” kata Johan dalam video tersbut.
Jom MH bagi korang tengok video Johan tu.
“Kata-kata keras Ustaz tersebut telah mendapat puluhan ribu tontonan di youtube yang saya sebagai umat nabi Muhammad S.A.W. berasa amat bersedih hati dengan cara ustaz tersebut berfikir. Mufti sendiri beritahu penggunaan istilah “che mat” yang digelar kan kepada baginda Rasulullah S.A.W. adalah satu “dosa besar” malah cara penyampaian mufti cukup lembut dan bersahaja. saya percaya abang saya @iqramdinzly jelas akan ketidaksengajaan beliau tersasul kata pada siaran langsung melodi di Tv3 tempoh hari dan telah memohon maaf. Saya terkilan akan penyampaian ustaz keras terbabit dan saya mohon ustaz terbabit siapakah gerangan nya marilah bertemu saya dan kita bersilaturrahim. Bukan apa ustaz, saya dah ziarah Iqram, dan saya kenal Iqram Dinzly. Wallahualam… ???,” tulis Johan pada ruang kapsyen video yang dikongsikan.
Nampaknya ramai juga pengikut dan peminat Johan di Instagram yang turut bersetuju dengan setiap yang diluahkan oleh pelakon ini.
osman_linda_rania: Sy sngat bersetuju dgn @johanarrif dia bkan nak backup kawan ke apa aku sndiri dengar ustaz tu ckap dgn penuh emosi kebencian dia x boleh la nk mnhukum org sesuka hati itu bkan cara islam aku pon pelik nama je ustaz tapi…. emmmmm?
khai.injus: Manusia tiada yg sempurna pasti akan ada salah silap nya tolong maaf kan dia.. Menegor boleh tapi jgn sampai menghina ?
allymas: Betul Johan..kita kena duduk dalam situasi Iqram masa tu..kereta pancit pulak..apapun kita doakan yg trbaik utk semua..aamiin
Ada betulnya juga apa yang Johan katakan tapi bagi MH setiap orang ada cara tersendiri untuk menegur dan mungkin cara teguran ustaz itu adalah cara dia menegur. Apapun MH harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
Sumber: Instagram Johan As’ari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI