#MHBreakfirst : 4 Update Hiburan Yang Mungkin Anda Terlepas Malam Tadi

1.Kamal Adli dan Emma Maembong dah berbaik semula?

Eh, betul ke apa yang kami dengar tentang Kamal Adli dan Emma Maembong ni?

Dengar cerita Emma sampai sanggup ke Melaka walaupun tidak sihat kerana ingin berjumpa dengan Kamal. Betul ke?

Semua ini gara-gara posting Kamal baru-baru ini…

Selanjutnya: Kamal, Emma ‘Rujuk’ Kembali?

2.Erin Malek Bermasalah?

Alamak apa kes ni? MH Online diberitahu pelakon wanita dan ibu kepada dua orang anak, Erin Malek bakal berhadapan dengan arahan perintah mahkamah kerana isu baju perkahwinannya.

IKLAN

Erin dikatakan mempunyai masalah untuk menyelesaikan hutang berkaitan dengan baju perkahwinannya dahulu.

Menurut sumber hiburan, arahan tersebut akan dilakukan oleh pemilik butik Azura Couture, Azura Mazaruddin kerana Erin dikatakan gagal melunaskan bayaran seperti yang dipersetujui sebanyak RM50,000.

Selanjutnya: Erin Malek Berhutang Dan Tak Kembalikan Baju Perkahwinan?

3.Jason Lo Di Tangkap Kerana Dadah Di Dubai, Tidak Benar!

Kecoh  sebentar industri tanah air apabila berita penangkapan Jason Lo di Lapangan Terbang Dubai, Emiriah Arab Bersatu tersebar di portal-portal hiburan tempatan.

Namun menurut ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi (telco), Jason telah di masukan ke dalam lokap kerana rakannya cuba meleraikan sebuah pergaduhan.

Dalam masa yang sama, Jason turut memberitahu hanya ingin membantu apabila melihat rakannya itu mengalami kecederaan.

IKLAN

Bagaimanapun, Jason telah di bebaskan dan selamat kembali ke tanahair.

4.Jalaluddin Hasan Bagi Hantaran Kerusi Urut?

Kalau orang lain berlumba-lumba untuk memberi barangan kelengkapan diri sebagai hantaran, berbeza pula dengan pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan buat bakal isterinya, Rapidah Abd Ghani.

Menurutnya, pihak lelaki akan memberi lima dulang hantaran dan salah satunya adalah kerusi urut untuk kegunaan harian buat isterinya untuk merehatkan badan.

MH Online difahamkan nilai kerusi tersebut sekitar RM20,000. Pergh memang best lah jawabnya!

Apapun MH Online doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan perhubungan ini kekal ke Jannah.