Nampaknya kisah hubungan Emma Maembong bersama Kamal Adli memang sedang hangat diperkatakan, maklumlah sepanjang 4 tahun bersama, jarang sekali kita dengan berita yang kurang enak terjadi di antara mereka.

Namun, sejak berlakunya salah faham di antara pelakon serta heroin Duda Pujaan Dara, Zahirah Macwilson, bersama kedua pasangan ini tiba-tiba sahaja perhubungan mereka menjadi tumpuan ramai.

BACADilamar Ahli Perniagaan, Emma Maembong Akui Kini Solo

Selain terkejut dengan apa yang terjadi, namun ramai juga yang tertanya-tanya apakah status perhubungan mereka yang sebenarnya?

IKLAN

Kamal Adli, Emma Maembong ‘Rujuk’ Kembali?

Adakah mereka benar-benar putus atau ia hanya sekadar ‘gaduh-gaduh’ manja?
Jika sebelum ini Emma pernah membuat ramai peminat terkejut dengan kehadirannya di malam Super Spontan Superstar 2017, sebagai tanda sokongan kepada Kamal, malam semalam Kamal pula telah mengeluarkan kenyataan yang cukup jelas tentang hubungan mereka di Instagram.

IKLAN

Dengan berkongsi gambar berdua sambil memegang telefon pintar iPhone X, Kamal memberitahu perkenalan 4 tahun bersama Emma, banyak perkara yang mereka telah lalui bersama.

IKLAN

Malah kamal turut meminta agar orang ramai mendoakan perkara-perkara yang baik buat mereka dan tidak mengambil pusing tentang komen negatif haters.

“1,2,3 n 4 tahun knal this girl.. mcm2 la dia lalu n sy lalu.. org nk jatuhkan org nk langgar semua kami dah kne.. heheh tp apa yg kami rasa biaq pi kami yg simpan..

 

“ckup korg tahu kami senyum no need tahu bila kami nangis ? hihi.. best part is dia x pnah lupa nk apreciate moment.. org kutuk ke apa ke buat pekak je.. Allah kan ada..

 

“Dia lagi tahu.. nak bagi mende baik satu hari nanti..(insyaallahhh) macam sy ckp minta korg doa yg baik2 je xnk duit..?

 

“To haters ke apa ke judge la hukum la.. Allah kan ada.. oklaa sory byk potpet..

 

“Tqq soo much for the gift!! ? ikhlas itu awk.. buruk itu sy? tq smpi Melaka even x sihat?,” tulisnya diruangan kapsyen di Instagram.

Apapun, jika benar mereka berdua telah berbaik dan bersatu semula, baguslah. Kami memang suka tengok mereka berdua bersama. Bagai saling melengkapi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI