1. Giliran Siti Nordiana Nyanyi Tak Tun Tuang

#MHBreakfirst : 4 Update Hiburan Yang Korang Terlepas Malam Tadi

Wah nampaknya, sejak video Wany Hasrita menyanyi lagu Tak Tun Tuang menjadi viral ramai juga selebriti lain yang turut mencuba.

Antara video yang mendapat perhatian adalah Siti Nordiana. Menurutnya, walaupun malu tetapi kerana dicabar dan dipujuk oleh penyampai radio Era, Radin, dia tekad untuk lakukannya.

Seriously memang comel! Pengikutnya juga tidak putus memuji kecomelan Nana sepanjang menyanyikan lagu ini.

Okay tak nak cakap banyak, korang kena tengok video ni sendiri.

Oleh kerana dicabar dan dipujuk oleh bang @radin_era @era_fm , nah #taktuntuang ?? . Malu nyaaa kiter wak??? #sitinordiana

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

2. Zul Ariffin Kecewa Maruah Tercalar

#MHBreakfirst : 4 Update Hiburan Yang Korang Terlepas Malam Tadi

Masih ingat dengan isu Zul Ariffin dikatakan sudah berbaik dengan bekas kekasih dan kononnya dilihat bermesra dan keluar masuk hotel di Taiping, Perak?

BACA: Eh, Betul Ke Zul Ariffin Kembali Bersama Bekas Kekasih?

IKLAN

Melalui sebuah temu bual bersama wartawan Berita Harian, Zul menegaskan hubungannya bersama bekas kekasih Gayatri tidak sampai ke tahap yang digembar-gemburkan.

Menurutnya, mereka berdua sangat profesional dan tidak lebih daripada seorang pelakon dan penerbit memandangkan Gayatri merupakan penerbit untuk filem Hantu Kak Limah 2017 arahan Mamat Khalid yang sedang dilakonkannya.

Malah dia menegaskan, mereka hanya berjumpa atas alasan kerja bukannya peribadi.

Tambahnya lagi sejak berita ini tersebar, maruahnya agak tercalar dan malu kerana dakwaan tersebut agak melampau.

Zul juga bimbang perkara ini seperti tidak menghormati privasinya dan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan gambar kereta peribadinya itu boleh mendatangkan bahaya terhadap dirinya.

IKLAN

3. Norman Hakim Jadi Hero Telefilem Datin Glam

#MHBreakfirst : 4 Update Hiburan Yang Korang Terlepas Malam Tadi

Sejak kebelakangan ini jarang kita dengar Norman Hakim bercerita tentang dunia lakonan. Apatah lagi kini dia terlalu sibuk dengan urusan anak-anak dan bergelar usahawan.

Bagi pendapat sesetengah pihak dengan adanya kelahiran hero-hero generasi muda, sedikit sebanyak membuatkan namanya kurang diingati untuk dijadikan sebagai hero.

Ehhhh, siapa cakap? MH Online kurang setuju dengan kenyataan itu. Buktinya, baru-baru ini Norman ada berkongsi sekeping gambar sambil memegang skrip telefelem di Instagram miliknya.

MH Online difahamkan Norman bakal menjalani pengambaran mulai hari ini dan diberi kepercayaan untuk menjadi hero telefilem arahan Rashid Sibir, Datin Glam.

IKLAN

Namun sehingga kini Norman masih merahsiakan siapakah heroinnya.

Apapun MH Online nak ucapkan good luck pada bekas Hero Remaja ini dan mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.

4. Akhirnya Status Hubungan Nabila Razali dan Aedy Ashraf terjawab

#MHBreakfirst : 4 Update Hiburan Yang Korang Terlepas Malam Tadi

Sejak MH Online dapat hidu hubungan yang terjalin di antara Nabila Razali dan Aedy Ashraf, ramai yang tertanya-tanya adakah perkara ini benar-benar terjadi atau sebaliknya?

Walaupun pada mulanya kami gagal untuk dapatkan keterangan daripada Aedy, namun Nabila bersedia kehadapan untuk memperjelaskan segalanya.

Menurutnya walaupun mereka berdua baru sahaja berkenalan melalui media sosial dalam tempoh sebulan, tetapi Nabila selesa menganggap Aedy sebagai kawannya buat masa ini.

Selanjutnya: Nabila Razali Jawab Isu Kontroversi Gambar Mesra

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI