#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Korang Terlepas Malam Tadi!

1. DSV Masuk Kelas Vokal

Amboi kerlasnya Datuk Seri Vida, MH dengar demi single kedua, Vida sanggup mengambil kelas latihan vokal demi mendapatkan hasil lagu yang berkualiti.

Memetik dari laporan Hiburan @ Sinar, Vida yang mengakui tidak pandai menyanyi sedang berusaha untuk memasuki kelas vokal.

Menurutnya, kini dia sedang membiasakan diri untuk menyanyi single keduanya. Jika lagu tersebut melekat di hatinya mungkin lagu tersebut akan dipilih sebagai single keduanya.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu lagu tersebut seperti syok sendiri dan akan pastikan orang lain mendengar lagu tersebut.

Tak sabar rasanya nak dengar lagu terbaru adakah akan berjaya menewaskan lagu I Am Me atau tidak!

 

2. Diana Danielle Bersuara Di Ruangan Komen, Minta Netizen Jangan Sesenangnya Menegur!

Gara-gara muat naik gambar selfie sekeluarga di dalam kereta, Datin Diana Danielle dikecam oleh netizen kerana dikatakan tidak mengutamakan keselamatan anak-anaknya apabila di dalam kenderaan.

IKLAN

Ada beberapa netizen menyuarakan mereka bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diinginkan memandangkan kedua-dua anaknya tidak bertali pinggang lebih lagi apabila anak perempuannya Arora berada di hadapan bersamanya.

Mengakui memang benar Arora berada dipangkunya, Diana yang tidak tahan dengan hentaman netizen terus membalas keretanya itu tidak bergerak.

Mungkin kerana terlalu tertekan, Diana juga telah melemparkan perkataan “bodoh” pada individu tersebut.

Bagaimanapun komen tersebut difahamkan sudah dipadamkan untuk mengelakkan perkara yang lebih keruh terjadi.

>INSERT<

Namun, sempat juga Diana menjelaskan pada semua menjadi seorang selebriti yang punyai pengikut yang ramai dan boleh di akses oleh sesiapa sahaja adalah sesuatu yang sukar buat buat individu sepertinya.

3. Zulin Aziz Putus Cinta, Tidak Mahu Dikaitkan Lagi Dengan Ahya Rosli?

Nampaknya sejak sebuah akhbar tempatan mengeluarkan artikel tentang hubungan yang terjalin antara Datuk A Aida dengan model serta pelakon baru Ahya Rosli membuatkan Zulin Aziz menarik nafas lega sedikit.

Jika sebelum ini Zulin sering digosipkan dengan Ahya kerana terlalu rapat, kali ini Zulin meminta orang ramai untuk berhenti bertanya lagi tentang hubungan mereka berdua.

Menurut Zulin, laporan tersebut telah membuktikan hubungannya bersama Ahya sebenarnya hanya sekadar sahabat baik dan tidak menolak barang kali Ahya terpikat dengan A Aida kerana sifat matang yang dimiliki olehnya dan pandai mengambil hati keluarganya.

IKLAN

Bagaimanapun Zulin tetap mendoakan yang terbaik buat Ahya dan A Aida dan berkata mereka berdua sangat secocok.

4. Joy Sudah Ada Penganti, Sering Terima Bunga Daripada Mr.J?

Amboi bukan main lagi Joy Revfa sekarang, asyik terima bunga sahaja. Tetapi apa yang menjadi persoalan, siapakah Mr. J itu? Jeng jeng jeng…

Baru-baru ini pemilik jenama Merve Cosmetic dan merupakan bekas isteri Hafiz Hamidun berkongsi gambar jambangan bunga ros yang cukup cantik serta mengikut warna kesukaannya.

Joy yang sering menerima hadiah misteri dari peminatnya Mr. J ini sempat mengusik di ruangan kapsyen dengan meminta peminat tersebut berikannya durian pula kerana ia mengenyangkan.

Amboi bertuah sungguh! Hmmm agak-agak siapakah Mr. J itu? Hehehhe….