Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Korang Kena Baca Hari Ini

Share

1. Dahlia Shazwan Selamat Lahirkan Baby Girl!

Tahniah MH ucapkan kepada pengacara, Dahlia Shazwan yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam.

Menurut sumber Berita Harian, Dahlia telah melahirkan puterinya di sebuah hospital swasta di ibu kota seberat 2.7 kilogram.

MH doakan semoga Dahlia dan bayinya diberikan kesihatan yang baik.

 

2. ‘Baju Pengantin Ku Musnah Di Hanjjj Kan Designer Oppsss’ – Che Ta Kongsi Kisah Baju Pengantin Anak Saudara

Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta baru-baru ini ada berkongsi kisah tentang baju pengantin anak saudaranya di Instagram.

Menurut kapsyen Che Ta, anak saudaranya sudah menempah baju kahwin enam bulan sebelum majlis namun hasilnya tidak memuaskan malah anak saudaranya terpaksa membayar berbelas ribu ringgit untuk pakaian tersebut.

 

3. Noraniza Idris Bangga Dan Terharu Lagu Dikir Puteri Dinyanyikan Peserta The Voice Thailand

Penyanyi yang popular dengan genre lagu Irama Malaysia, Noraniza Idris menerusi sumber Sinar Harian berkata dia berasa bangga dan terharu apabila lagunya Dikir Puteri dinyanyikan oleh peserta pertandingan nyanyian The Vocie Thailand baru-baru ini.

Video nyanyian lagu Dikir Puteri itu juga turut viral di media sosial dan hangat diperkatakan oleh netizen.

Menurut Noraniza, perkara ini jelas membuktikan bahawa pengaruh muzik Irama Malaysia berjaya menarik hati masyarakat di luar negara untuk menghargai karya tempatan.

 

4. Lindsay Lohan Tampil Berhijab Di London Fashion Week

MH pasti ramai yang kenal dengan pelakon popular antarabangsa, Lindsay Lohan yang penuh dengan kontroversi.

Baru-baru ini heboh di media sosial, Lindsay telah menghadiri London Fesyen Week dengan mengenakan hijab.

Jom MH kongsikan gambar Lindsay berhijab.

IKLAN