1. Fazura Akan Umumkan Pada Semua Jika Sah Hamil

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Berlaku Semalam!

Kalau korang masih ingat minggu lalu telah kecoh tentang desas desus yang mengatakan pelakon cantik, Fazura yang juga merupakan isteri kepada pelakon popular, Fattah Amin dikatakan hamil.

Perkara ini menjadi bualan ramai selepas tersebarnya satu video di mana Fazura bergurau mengatakan bahawa dirinnya mengidam.

Namun begitu pelakon ini berkata dia sendiri tidak tahu sama ada dia hamil atau tidak kerana belum melakukan sebarang pemeriksaan.

Namun semua orang tidak perlu bimbang, menurutnya jika benar-benar hamil, Fazura akan berkongsi berita gembira itu kepada semua.

 

2. ‘He Feels My Hand Holding His’ – Diana Danielle

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Berlaku Semalam!

IKLAN

Minggu lalu gempar sebentar dunia seni tanah air dengan berita seorang pelakon popular. Datuk Farid Kamil yang ditahan pihak berkuasa kerana mengasari seorang anggota polis dan orang awam.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan keatasnya mendapati Farid positif ganja.

Sebagai seorang isteri pastinya pelakon cantik, Diana Danielle terkesan dengan berita ini malah dia juga turut berkongsi luahan hatinya menerusi Instagram.

Sejak hari tahanan reman Farid, sehingga kini Diana langsung tidak munculkan diri sehingga ramai yang mempersoalkan kemanakah Diana sebenarnya.

Semalam melalui satu posting di Instagram Diana sempat berkongsi luahan hatinya buat suami tersayang.

IKLAN

“❤ FK
Don’t ask why you don’t see me
He sees me.
He knows im there. 
He feels my hand holding his.
And that is all that matters to me.,” tulis Diana di ruang kapsyen perkongsiannya.

 

3. Peminat Aishah Kemalangan Sebelum Ke Majlis Gathering Aishah FC

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Berlaku Semalam!

Setiap yang berlaku kepada setiap manusia itu sudah tertulis dan pasti ada hikmah dalam setiap kejadian yang berlaku.

IKLAN

Aishah menerusi satu portal hiburan memberitahu seorang peminatnya telah mengalami kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke stesen bas dari Johor Bahru untuk ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis gathering Aishah FC.

Menurutnya lagi peminatnya itu telah terbabas dan terjatuh longkang namun tidak mengalami kecederaan yang serius.

Dia juga turut mendoakan agar peminatnya itu sembuh seperti sediakala.

 

4. ‘Farid Kamil Bukan Peminjam Ah Long’ – Zed Zaidi

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Berlaku Semalam!

Menerusi satu portal hiburan, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi memberitahu bahawa pelakon lelaki yang ditahan polis minggu lalu akibat mengasari anggota polis dan orang awam, Datuk Farid Kamil tidak termasuk dalam senarai 300 artis yang diburu Ah Long.

Zed berkata lagi bahawa majoriti pelakon yang terdapat dalam senarai tersebut adalah pelakon lelaki namun begitu dia tidak boleh mendedahkan nama pelakon-pelakon tersebut atas faktor keselamatan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI