1. Ada Kelibat Di Belakang Naim Daniel!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Agak ‘Seram’

Kalau korang masih ingat, MH pernah berkongsi kisah pelakon, Naim Daniel yang semakin meningkat naik namanya selepas filem Bisik Pada Langit malah ramai yang tidak menyangka pelakon ini juga mempunyai bakat dalam nyanyian.

Naim sering berkongsi lagu-lagu cover yang dinyanyikan olehnya menerusi Instagram dan yang paling terbaru, malam tadi dia ada berkongsi lagu cover OST filem Pengabdi Setan, Kelam Malam.

Apa yang mengejutkan dalam video nyanyian Naim itu terlintas satu kelibat putih di belakangnya ketika dia menyanyikan lirik yang berbunyi ‘ku datang menghampiri’

Fuh berdiri bulu roma MH melihat kelibat tersebut malah rata-rata pengikut Naim juga perasan dengan kelibat itu.

SELANJUTNYA: 

Cover Lagu OST Pengabdi Setan, Naim Daniel Diganggu Entiti Misteri!

2. Izreen Bakal Ambil Tindakan!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Agak ‘Seram’

Nampaknya isu rumah tangga pelakon, Ezrin Azminda bersama ahli muzik, Ude masih lagi belum reda daripada menjadi buah mulut orang.

IKLAN

Baru-baru ini MH ada ternampak satu posting Ezrin di Instagram meminta agar pihak yang membuat fitnah tentang dirinya untuk berhenti memfitnah.

Dalam perkongsiannya ini panjang lebar Izreen menluahkan rasa tidak puas hati dan marahnya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambarnya tidak bertudung bersama suami di rumahnya malah Izreen juga berkata dia akan mengambil tindakan kepada sebuah akaun Instagram yang menyebarkan gambarnya itu.

MH tumpang simpati buat Izreen kerana hari demi hari ada sahaja perkara yang harus dilaluinya lagi-lagi sejak kes perkahwinannya tersebar. MH harap Izreen bersabar dan sentiasa positif!

SELANJUTNYA:

‘Sungguh Tidak Bermoral Perbuatan Manusia Berhati Binatang’ – Izreen Azminda

3. Gadis Sanggup Lakukan ‘Prosedur Gila’ Demi Miliki Lidah Bercabang!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Agak ‘Seram’

IKLAN

Baru-baru ini MH ada terlihat satu video yang agak pelik tentang seorang gadis di media sosial Memang ngeri melihatnya kelainan upayanya.

Jika orang kaitkan lidah bercabang dua dengan perumpamaan seorang yang suka menipu, lain ceritanya dengan kebolehan gadis ini. Jangan terkejut, dia mampu memintal lidahnya yang bercadang dua dan membuatkan orang ramai ternganga melihat perbezaannya dengan manusia yang lain.

Lucy McAllister seorang gadis yang dilahirkan normal dan cukup sifat yang merupakan warga Britain merupakan peminat aktiviti tindik dan tatu. Malah dirinya juga suka sesuatu yang extreme dan nekad untuk mempunyai lidah bercabang sehingga sanggup melakukan prosedur memotong bahagian tengah lidahnya untuk hasil seperti itu.

Menurut laporan Dailymail, ‘lidah terbelah’ melibatkan prosedur memotong bahagian tengah lidah dari bahagian depan sehingga menghampiri dasar lidah dan kebiasaannya, mereka yang menjalani ‘prosedur gila’ ini mengambil masa dua minggu atau lebih untuk sembuh dari luka pembedahan.

SELANJUTNYA:

Gadis Sanggup Lakukan ‘Prosedur Gila’ Demi Miliki Lidah Bercabang!

IKLAN

4. Paris Buka ‘Restoran Bogel’

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Agak ‘Seram’

Mungkin ada yang tidak tahu, baru-baru ini gempar tentang sebuah restoran di Paris yang mengenakan syarat paling tidak masuk akal jika ingin menikmati hidangan di sana.

Mana tidaknya, kesemua pelangan yang ingin menjamu selera diwajibkan untuk menanggalkan pakaian mereka.

Restoran ini juga mempunyai sebuah bilik persalinan serta menyediakan rak pakaian untuk pengunjung menyimpan pakaian mereka dengan selamat.

Barangan seperti telefon bimbit, kamera dan sebagainya tidak dibenarkan sepanjang berada di ruang makan.

‘Restoran bogel’ ini diberi nama O’naturel dan ia bukanlah restoran pertama yang menggunakan kempen seperti ini di Eropah, sebaliknya ada beberapa restoran yang lain juga turut dibuka sempena menyambut musim panas.

SELANJUTNYA: 

http://www.mediahiburan.my/boleh-makan-tapi-kena-bogel-erkkk-berselera-ke/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI