1. Gambar Separuh Bogel Tersebar Di Internet, Seolhyun Terpaksa Tanggung Malu

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Salah seorang anggota daripada kumpulan AOA, Seolhyun terpaksa menanggung malu apabila gambarnya diubah suai kepada gambar separuh bogel dan ianya tersebar di internet.

Menurut sumber Allkpop, pihak pengurusan Seolhyun menjelaskan bahawa telefon bimbit kepada artis di bawah naungannya ini hilang dan selapas itu gambarnya diubah suai dan disebarkan di internet.

Akibat daripada perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini, Seolhyun terpaksa menanggung malu dan mereka berharap dan mencari pihak yang menyebarkan gambar itu untuk diambil tindakan.

 

2. Wani Kyrie Terima Ucapan Tahniah Dan Hari Jadi Daripada Orang Yang Pernah Cuba Mengoratnya

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

IKLAN

Minggu lalu para pelajar yang menduduki SPM telah mendapat keputusan mereka dan penyanyi, Wani Kyrie telah mendapat keputusan yang cemerlang.

Terdahulu Wani berkata keputusannya ini adalah hadiah untuknya sempena hari jadinya.

Menurut laporan Astro Gempak, Wani berkata dia mendapat ucapan tahniah dan hari jadi yang tidak putus-putus.

“Ya memang benar ada berderet-deret ucapan tahniah saya terima daripada media sosial untuk SPM dan hari jadi namun kebanyakannya daripada kawan-kawan, peminat dan crush saya sendiri.

 

“Saya juga ada terima ucapan daripada beberapa individu yang pernah cuba mengorat saya. Tapi saya malas nak layan.

 

“Sebab saya tak suka membuat orang menaruh harapan, kalau nak berkawan layan cara kawan betul-betul.

 

“Kalau saya melayan nanti mereka (terutamanya lelaki) akan melebih-lebih pula,” katanya kepada Astro Gempak.

 

IKLAN

3. Ikut Suami, Intan Sarafina Pindah Ke Jakarta

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Penyanyi, Intan Sarafina yang popular dengan lagu Kembali menerusi sumber Utusan Online berkata dia kini telah berpindah ke Jakarta, Indonesia kerana mengikut suaminya, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli yang telah ditugaskan di sana.

Namun begitu, Intan berkata dia hanya berpindah untuk sementara sahaja cuma setakat ini dia tidak boleh mengesahkan berapa lama dia akan menetap di sana.

Katanya lagi, anak-anaknya akan meneruskan pengajian di Jakarta dan tentang kerjaya seninya pula, dia masih lagi aktif dan akan berulang-alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur.

IKLAN

 

4. Terima Al Quran Sebagai Hantaran Pertunangan, Atikah Suhaimie Mahu Cepat-cepat Khatam Al Quran

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Pelakon cantik, Atikah Suhaimie baru sahaja selamat menjadi tunangan kepada penyanyi popular, Awi Rafael baru-baru ini.

Menerusi sumber Sinar Harian, Atikah berkata dia menerima hantara sebuah Al Quran daripada tunangnya yang dibeli daripada Masjid Nabawi, Madinah.

Atikah berkata lagi, dia bersyukur dengan hadiah istimewa ini dan membuatkan dia lebih bersemangat untuk cepat-cepat khatam Al Quran.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI