1. Isteri Pertama Opick Fail Cerai Kerana Kecewa Berpoligami

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Kerana kecewa suami berpoligami tanpa izin, isteri pertama kepada penyanyi lagu ketuhanan, Opick iaitu Dian Rositaningrum telah memfailkan penceraian setelah 16 tahun hidup bersama.

Menurut satu sumber, kini Opick dan Dian tidak lagi tinggal sebumbung dan dia berasa amat sedih namun telah menerima kenyataan bahawa suaminya kini mempunyai isteri lain.

Dian juga berkata kepada sumber, dia sudah tidak mampu untuk meneruskan hubungan bersama suaminya dan merasakan perpisahan adalah jalan yang terbaik untuk dirinya.

 

2. Nabila Razali Mahu Kembang Bakat Di Negara Tembok Besar!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Penyanyi comel, Nabila Razali yang kini semakin dikenali ramai menerusi lagu Pematah Hati berkata kepada sumber Astro Gempak bahawa dia rasa sangat bersyukur diberi peluang untuk menyanyikan lagu tema bagi filem biografi, Datuk Lee Ching Wei yang berjudul Cahaya Juara.

IKLAN

Menurutnya dalam lagu tersebut dia perlu menyanyikan beberapa baris lirik dengan bahasa Mandarin.

Katanya lagi, ini merupakan permulaan yang bagus untuk kerjaya seninya dan penyanyi ini juga berkata, jika dilihat sekarang ini ramai artis yang berhijrah ke negara tembok besar, China untuk mengembangkan bakan dan baginya tidak salah untuk dia juga turut menyimpan niat itu.

Baginya, jika dia ingin mengembangkan bakatnya ke negara itu, dia harus lebih banyak belajar dan perlu mencabar dirinya melakukan sesuatu yang baru.

 

IKLAN

3. Manis Bertudung, Zizi Kirana Ucap Terima Kasih Atas Komen Positif Netizen

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

Baru-baru ini MH ada berkongsi dengan korang gambar penyanyi yang sering dikecam kerana berpakaian seksi, memakai tudung.

Banyak komen positif yang diterima oleh penyanyi ini dan ramai yang mengatakan dia nampak lebih manis dan ayu bila bertudung.

Menerusi sumber Harian Metro, Zizi mengucapkan terima kasih atas komen positif yang diberikan kepadanya. Namun begitu dia berkata, itu bukan imej terbarunya tetapi hanya bertudung semasa majlis perkahwinan adiknya.

IKLAN

Zizi juga mohon doa yang baik-baik untuknya daripada netizen. Katanya, buat masa ini dia lebih selesa dengan imejnya yang sedia ada.

 

4. Hans Isaac Masih Kecewa

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon popular, Datuk Hans Isaac telah putus tunang pada Oktober tahun lalu.

Menerusi sumber Kosmo Online, Hans mengakui dirinya masih belum bersedia untuk menjalin sebarang hubungan cinta.

Katanya, dia kecewa apabila keputusan untuk berkahwin tidak dapat berakhir dengan gembira.
Hans juga berkata, dalam satu hubungan kita memerlukan komitmen daripada kedua-dua belah pihak namun dalam situasi yang dilaluinya, hanya dia yang memberikan 100 peratus komitmen.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI