1. Siti Nurhaliza Bakal Bersalin Cahaya Mata Sulung Secara Pembedahan

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal melahirkan cahaya mata sulungnya lebih kurang dua minggu lagi secara pembedahan.

Menerusi sumber BH Online berkata, Siti mengakui dirinya berdebar untuk menanti saat itu dan kaedah bersalin secara pembedahan akan dilakukan atas nasihat daripada doktor yang merawatnya.

 

2. Ippo Hafiz Turun 18kg, Mahu Turun Lagi 20kg

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini

Penyanyi yang popular menerusi lagu-lagi OST drama, Ippo Hafiz menerusi satu sumber memberitahu dia kini sedang giat menurunkan berat badannya.

IKLAN

Katanya, dia sudah mula bersenam sejak beberapa bulan lalu dan kini dia telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18kg daripada 120kg.

Ippo juga menanam impian untuk menurunkan lagi 20kg agar mendapat berat badan yang ideal.

 

3. Dayana Roza Akui Sedang Berkawan Dengan Duda Anak Satu

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini

IKLAN

Menurut sumber Harian Metro, pelakon cantik yang mempunyai bakat hebat dalam lakonan, Dayana Roza mengakui sedang berkawan dengan seorang jejaka berstatus duda dan mempunyai seorang anak perempuan.

Dayana berkata, dia tidak pernah meletakkan syarat untuk berkawan dengan lelaki bujang untuk dijadikan teman hidup. Katanya, asalkan lelaki tersebut bukan milik orang.

Pelakon ini berkata, hubungan mereka masih lagi baru dan mula berkawan sejak hujung tahun lalu.

 

IKLAN

4. Zulin Aziz Ambil Anak Pembantu Peribadi Berusia 7 Tahun Sebagai Anak Angkat

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini

Penyampai radio dan pelakon, Zulin Aziz menerusi sumber Sinar Harian berkata dia kini telah mengambil anak angkat perempuan, Puteri Eryna Amanda berusia tujuh tahun.

Katanya, dia sudah lama berhasrat untuk mengambil anak angkat namun prosesnya susah.

Namun begitu, dia bersyukur ALLAH SWT memberi Amanda sebagai anak angkatnya.

Menurut Zulin, Amanda merupakan anak kepada pembantu peribadinya dan dia sudah kenal dengan anak angkatnya sejak dari lahir lagi malah nama Amanda juga diberikan oleh Zulin sendiri.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI