1. ‘I Miss You, I Lost My Best Friend, My Hero, My Babah’ – Anak Arwah Azmil Mustapha Luah Rasa Rindu Di IG
Seperti ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon veteran Azmil Mustapha telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya pada bulan lalu.
Menerusi akaun Instagram anaknya, Alya Iman, dia telah meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya.
MH doakan semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Diharap anaknya dan seluruh ahli keluarga yang lain kuat untuk menerima qada’ dan qadar dari ALLAH SWT ini.
2. Liza Hanim Terkejut Ramai Peminat Yang Sebenarnya Rindu Padanya
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang mempunyai vokal lantang, Liza Hanim.
Menerusi satu sumber, Liza berkata dia begitu gembira dan terharu apabila peminat mengucapkan terima kasih kepadanya kerana kembali dalam bidang seni.
Setelah sembilan tahun menyepi, kini Liza tampil semula dengan single terbarunya berjudul Mimpi.
Dalam pada itu, dia juga terkejut apabila ramai juga peminatnya yang sebenarnya merindui dirinya.
Liza juga berkata disebakan peminat-peminatnya ini membuatkan dia lebih bersemangat dan memberi inspirasi untuk mengejar impian dan terus menyanyi selepas ini.
3. ‘Berikan I Masa Untuk Merehatkan Dan Memulihkan Diri’ – Aishah Jalani Pembedahan Bariatrik
Penyanyi popular yang menjadi juara Gegar Vaganza musim keempat tahun lalu, Aishah telah selamat menjalani pembedahan pintasan saluran pemakanan atau pembedahan Bariatrik.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Aishah meluahkan rasa syukur dirinya kini sudah boleh bangun dan berjalan namun buat masa ini dia memohon untuk diberikan sedikit privacy untuk berehat dan memulihkan dirinya.
4. Baim Wong Dan Teman Wanita Berpisah, Sedia Cari Pengganti Baru
Pelakon kacak dari Indonesia, Baim Wong menerusi satu sumber memberitahu bahawa dirinya kini sudah berpisah dengan teman wanitanya, Vebby Palwinta.
Menurut sumber, Baim berkata dia bersedia untuk mencari pengganti kekasihnya itu dalam masa terdekat memandangkan usianya kini sudah mencecah 36 tahun.
Katanya lagi, dia dan Vebby masih lagi menjalinkan hubungan yang baik sebagai sahabat dan mereka juga mengambil keputusan untuk berpisah untuk kebaikan masing-masing.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI