1. Zoey Rahman Dituduh Buat Pembedahan Plastik Sekali Lagi?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Malam Tadi…
Sejak dulu lagi pelakon ini tidak pernah lari daripada tuduhan membuat pembedahan plastik.

Dengan miliki dagu yang runcing dan bentuk muka yang sempurna, Zoey sering menjadi mangsa tuduhan uang tidak berasas.

Melalui sebuah temuramah bersama mStar, Zoey memberitahu sudah terbiasa dengan tuduhan sebegitu walaupun ia tidak benar.

Malah baginya, tuduhan sebegitu langsung tidak mendatangkan masalah padanya. Bagaimanapun, Zoey memberitahu sebagai seorang selebriti dirinya sangat menitik beratkan tentang penampilan agar sentiasa kelihatan menarik dihadapan orang ramai.

Apapun MH memang suka betul tengok Zoey, kemas dan sentiasa stylo dengan gayanya tersendiri.

2. Lagu Pematah Hati Dapat Trending #01 di Youtube

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Malam Tadi…

Wow nampaknya promosi lagu Pematah Hati nyanyian Nabila Razali, Bekas pelajar Akademi Fantasi 2013 benar-benar menjadi.

Apa yang MH puji, walaupun menerima pelbagai kritikan dan tomohan daripada netizen namun Nabila tidak pernah berputus asa untuk meletakan namanya di satu level yang tersendiri dalam dunia hiburan.

IKLAN

Baru-baru ini Nabila telah menyebabkan ramai orang tidak berpuas hati dan ‘terkena’ gimik video klip Pematah Hati yang menimbulkan kontroversi kononya, dia sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon kacak Aedy Ashraf.

Gimik dan drama yang dicipta oleh team dan Nabila sendiri memang benar-benar menjadi sehingga membuatkan namanya sering disebut-sebut orang ramai.

Sehingga kini video tersebut telah mengutip 2juta lebih jumlah tontonan dan hanya mendapat 2ribu unlike sahaja daripada penonton yang telah menonton.

Bagi MH dengan kualiti video klip yang dihasilkan dan gimik yang wujud sangat-sangat berbaloi hingga video klip tersebut layak berada di #2trending di Youtube.
Okay, tak nak cakap banyak. Korang layan sendiri…

IKLAN

3. Ikon Hindustan Hembus Nafas Terakhir Malam Tadi…

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Malam Tadi…

Buat peminat tegar filem-filem Hindustan terutamanya yang membesar di era awal 70-80 an pasti mengenali namanya.

Mula menjejakan kaki ke dunia layar perak india sewaktu usianya masih muda, sehingga kini, namanya telah membintangi 150 filem Bollywood.

IKLAN

Namun, baru sebentar tadi MH telah menerima satu berita yang menyedihkan apabila mengetahui pelakon yang dianggap sebagai ikon Bollywood ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani di Mumbai di usia 79 tahun.

4. Tahniah Bengah!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Malam Tadi…

Popular melalui video-video nakalnya yang suka mengusik adik kelainan upaya, Afiatul namanya semakin dikenali sehingga menobatkannya sebagai Personaliti Media Sosial ABPH30.

Seperti yang kita tahu, selain suka mengacau dan mengusik adik kesayangannya itu, Bengah ini juga sering menampilkan kekasihnya dalam video-video mereka.

MH diberitahu akhirnya mereka berdua telah selamat disatukan dengan sekali lafaz di Masjid Zahir Negeri Kedah Darul Aman semalam.

Bagai pinang dibelah dua, cukup romantik dan meriah majlis mereka walau disambut dengan serba sederhana.

Apapun tahniah buat Bengah dan pasangan Cik Bunge!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI