Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Malam Tadi…

Share

1. ‘Astaghfirullahalazim. Belum lagilah’ Remy Ishak Terkejut Dituduh Sudah Bernikah

Tiada angin tiada rebut tiba-tiba pelakon kacak Remy Ishak telah dituduh berkahwin secara rahsia tanpa pengetahuan orang ramai.

Semua ini terjadi gara-gara tersebarnya satu gambar Remy berpakaian serba lengkap sebagai pengantin lelaki di sebuah majlis.

Melalui mStar Online, Remy terkejut dan memberitahu dia masih belum berkahwin seperti apa yang didakwa.

Malah Remy akui masih belum menetapkan tarikh pernikahan mereka dan berserah pada jodoh.

2. Dituduh Lupa Diri Selepas Jadi Selebriti, Ahli Keluarga Syura Badron Terutamanya Arwah Ayah Dikecam

Gara-gara dikatakan lupa daratan selepas bergelar selebriti, Syura Badron terpaksa berdepan dengan detik paling memilukan apabila arwah bapanya menjadi bahan kutukan orang di media sosial.

Syura yang sangat terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang telah mereka cerita dan mengecam keluarganya tanpa sebersalah.

Melalui live video di Instagram, Syura telah menjelaskan apa yang terjadi untuk mempertahankan dirinya.

Katanya, dia langsung tidak kisah jika ada individu yang memburukan namanya tetapi apabila ada yang sampai menyentuh tentang ahli keluarganya terutamanya ayah membuatkan dia enggan berdiam diri.

Tambahnya lagi dia agak terpukul dengan dakwaan tersebut dan meminta maaf andai ada tersalah silap. Dalam masa yang sama, Syura mendoakan agar hati individu yang menyebarkan cerita palsu itu dilembutkan.

3. Anak Dihina Rakan Selebriti Sendiri, Ifa Raziah Luah Rasa Kesal Di Instagram

Nampaknya sejak MH melakukan live video bersama Ifa Raziah baru-baru ini macam-macam info yang kami dapat.

Terbaru, melalui akaun Instagram milik Ifa sendiri ada bercerita tentang ketidakpuasan hatinya terhadap seorang rakan yang dipercayai selebriti juga sepertinya.

Walaupun tidak menyebut nama dan hanya menggunakan initial sahaja, tetapi MH pasti ramai dapat mengagak siapakah individu yang dimaksudkan.

Ifa memberitahu dia dan suaminya sudah lali dan masak sangat dengan sikap individu terbabit kerana pernah tinggal serumah dan kenal sudah lama.

Namun Ifa sangat terkilan bagaimana seseorang yang pernah dianggap sebagai sahabat tergamak menghina keluarganya terutama mengelarkan anaknya seperti ‘pondan’.

4. Aliff Aziz Semakin Sado, Netizen Puji!

Nampaknya peluang kedua yang dirasai oleh Aliff Aziz setelah dibelenggu dengan kemelut rumah tangga telah dilakukan dengan sehabis baik dan tidak disia-siakan oleh pelakon muda ini.

Terdahulu jika Aliff sering dilabelkan sebagai seorang lelaki kurus, kali ini Aliff tampil berbeza dengan badan yang lebih sihat dan fit!

Aliff yang kini sering menghabiskan masa di gym sering berkongsi perkembangan dan update terkininya di Instagram.

Gaya hidup Aliff yang kini semakin sihat dan berubah mendapat pujian ramai. Malah, ada juga yang mula menjadikannya sebagai idola.

Malah, Aliff ada memberitahu salah satu azam tahun barunya ialah untuk menambah baik kesihatan dan fizikalnya.

Apapun MH doakan agar Aliff sentiasa dalam keadaan yang baik dan hati-hati apabila melakukan senaman jangan terlalu mengerah tenaga hingga sakit pula ya.

IKLAN