Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Korang Mungkin Terlepas Pandang!

Share

1. Sofi Jikan Mengaku Tidak Bersalah Masukkan Dadah Dalam Badan

Heboh dunia seni tanah air apabila pelakon yang popular dengan tagline ‘kasi sengat’, Sofi Jikan ditahan pihak berkuasa kerana didapati positif dadah jenis ganja minggu lalu.

Namun begitu, Sofi telah mengaku tidak bersalah sebaik selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Huda Zakariya.

Menurut sumber Mstar Online, Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chun Le Jy membaca pertuduhuan, Sofi didakwa memasukkan dadah berkenaan ke dalam badannya di pejabat narkotik Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada pukul 11.15 malam pada 6 Februari lalu.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah membenarkan Sofi diikat jamin sebanyak RM3,000 berserta seorang penjamin.

Nurul Huda menetapkan 14 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

 

2. Aliff Syukri Akui Mata Fasha Sandha Menggoda!

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi satu sumber berkata, ketika penggambaran filem Badang, dia tidak dapat memandang mata heroin filem tersebut, Fasha Sandha kerana memiliki mata yang sungguh menggoda.

Menurut Aliff dia hanya mampu memandang kening Fasha sahaja apabila ada babak yang memerlukannya berdepan dengan Fasha.

 

3. Altimet Undur Diri Dari AJL

Pemenang persembahan terbaik di AJL 32 baru-baru ini, Altimet menerusi akaun Instagramnya telah mengunumkan mahu undur diri dari AJL setelah empat kali bertanding di pentas AJL.

 

4. Keluarga Ada Genetik Kembar, Adira Teringin Timang Cahaya Mata Kembar

Penyanyi cantik yang berasal dari Sabah, Adira Suhaimi berkata kepada satu sumber dia tidak pernah merancang untuk mendapatkan zuriat kedua tetapi tidak menolak jika dikurniakan rezeki untuk menambah cahaya mata.

Menurutnya lagi kalau diberikan rezeki, dia teringin untuk menimang cahaya mata kembar ini kerana keluarganya mempunyai genetik kembar dan dia juga turut mempunya kakak kembar namun umur mereka tidak panjang.

IKLAN