1. Sherry Ibrahim Impikan Badan Seperti Gal Gadot

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam!

Pelakon cantik, Sherry Ibrahim baru-baru ini ada berkongsi di akaun Instagramnya bahawa azamnya pada tahun ini adalah untuk memiliki bentuk badan seperti pelakon popular antarabangsa, Gal Gadot.

Nampaknya begitu gigih Sherry pergi ke gym untuk mendapatkan bentuk badan idamannya.

Rata-rata peminat juga turut memberikan kata-kata semangat serta sokongan moral terhadap artis kesayangan mereka ini.

 

2. Peminat Doakan Laudya Cynthia Bella ‘Semoga Bisa Berempat’

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam!

IKLAN

Sejak pelakon popular dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella sering mendapat perhatian daripada peminat, ramai yang tidak sabar untuk melihat artis kesayangan mereka ini untuk berbadan dua.

Baru-baru ini, menerusi akaun Instagram peminat Bella ada memuat naik gambar artis pujaan mereka itu yang sedang mendukung seorang bayi serta gambar suaminya, Engku Emran bersama anak tirinya, Engku Alesya.

Apa yang menarik perhatian MH adalah pada kapsyen gambar tersebut yang tertulis, ‘semoga bisa berempat’ membuatkan ramai peminat mengaminkan doa tersebut dan tidak sabar untuk melihat Bella hamil.

Semoga bisa berempat??

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyaacyntiabella) on

 

IKLAN

3. ‘Syukur Alhamdulillah Untuk Jemputan Kali Ke-10 Ini’ – Che Ta Sebak Kota Suci Makkah

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam!

Pasti setiap insan yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci akan merasai perasaan sedih ketika kaki akan melangkah pulang untuk meninggalkan rumah ALLAH SWT.

Perasaan itu jugalah yang dirasakan oleh pelakon, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta.

Menerusi akaun Instagramnya dia meluahkan rasa sebak dan sayu kerana meninggalkan kota suci Makkah dan mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT atas jemputan buat kali yang ke-10 ke rumahNya.

IKLAN

 

4. ‘Takkan Saya Nak Curi Seluar Dalam, Baik Saya Curi Hati Orang’ – Redza Rosli

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam!

Heboh di media sosial baru-baru ini apabila pelakon kacak, Redza Rosli dikatakan mencuri seluar dalam selepas berita tersebut dimuat naik oleh sebuah blog hiburan.

Berita itu tular selepas sebuah video yang dikongsi oleh pengarah dan penerbit terkenal, Jinggo dikeluarkan semula oleh blog tersebut dan ianya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Selanjutnya: Kerana Video Viral, Redza Rosli Disangka Mencuri? Nah Ini Penjelasannya, Pasti Ramai Pernah Kena!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI