1. Isteri Kedua Opik Meninggal Dunia

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Penuh Emosi!

Terkejut MH apabila mendengar khabar berita ini, isteri kedua kepada penyanyi nasyid Opik yang dikenali sebagai Wulan Wulan Mayangsari, 34 menghebuskan nadas terakhir pada Ahad lalu.

Menurut laporan portal di Indonesia khabar berita menyedihkan ini telah disahkan sendiri oleh sahabat baik Opik iaitu Ustaz Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ustaz Solmed selepas berita ini menjadi viral di whatsapp dan media sosial.

MH difahamkan Opik dan Wulan telah kehilangan cahaya mata pertama ketika Wulan hamil lapan bulan, walaubagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penjelasan sama ada jenazah meninggal akibat komplikasi selepas melahirkan, beberapa hari atau saat melahirkan anak mereka.

Apapun Kami ucapkan Takziah buat ahli keluarga Opik dan semoga isterinya ini ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

 

2. Netizen Marah, Gambar Anak Tok Ti Disebarkan Tanpa Izin!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Penuh Emosi!

MH tahu ramai yang teruja melihat gambar dan wajah anak kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

IKLAN

Namun, oleh kerana pihak Siti dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa meminta orang ramai menghormati privasi mereka dan bakal berkongsi nama dan gambar di sebuah majlis khas dalam masa tempoh seminggu akan datang ada pula individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut.

‘Ya Itu Memang Gambar Anak Kami’ Datuk K Terkilan Gambar Anak Tersebar

Bukan sahaja Datuk K, ramai juga netizen terutamanya peminat setia Siti Nurhaliza kesal dan terkilan mengapa gambar tersebut disebarkan tanpa izin pasangan ini.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Penuh Emosi!

3. ‘Bila Rakan Datang Minta Pandangan & Nasihat, Sudah Tentu Saya Tolong Yang Termampu’ Rita Rudaini

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Penuh Emosi!

IKLAN

Gara-gara berkongsi gambar bersama Intan Liyana, madu kepada pelakon Izreen Azminda, ramai yang membuat spekulasi kononnya Rita bermusuh dengan rakan baiknya Izreen.

Namun, tidak mahu mengeruhkan keadaan melalui berita harian, Rita menjelaskan dia sebenarnya tiada masalah dengan sahabat baiknya itu sebaliknya hanya ingin memberi sedikit bantuan kepada keluarga tersebut.

Jelasnya lagi apabila dihubungi untuk mendapatkan sedikit khidmat nasihat dan pandangan, Rita tidak menolak kerana ingin membantu dan mengakui tidak memihak kepada sesiapa.

Katanya, tidak mungkin dia akan bermusuh dan meminggirkan sahabatnya itu. Malah, Rita turut menjelaskan tidak akan menolak sekirannya Izreen juga ingin dapatkan bantuannya.

 

IKLAN

4. Lan Kristal Tunggu Anak Cecah 5Kg Baru Bedah Bibir

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Penuh Emosi!

Lan Solo bersama isterinya Nur Sheila Hassim telah membuat keputusan untuk melakukan pembedahan bibir anaknya Nur Amna Quxandra kerana sumbing.

Namun, melalui mStar online, Lan menjelaskan hanya akan melakukan pembedahan tersebut setelah anaknya mencecah 5kilogram ke atas, atas nasihat doktor pakar.

Tambahnya, kemungkinan besar pembedahan tersebut akan dilakukan dalam masa dua bulan akan datang memandangkan kini dia hanya baru mencecah 2.7kg.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI