1. Farah Nabilah Nak Kahwin Sebelum Umur 30 Tahun, Taknak Bercinta Lama-lama

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini Untuk Korang Baca!

Pelakon baru yang semakin popular namannya dalam industri seni tanah air, Farah Nabilah menerusi sumber Mstar Online berkata, dia kalau boleh mahu menamatkan zaman bujangnya sebelum berusia 30 tahun dan tidak perlu bercinta dalam jangka masa yang panjang.

Kata Farah, adakalanya dia turut tertekan melihat kawan-kawan rapatnya yang lain sudah berumah tangga namun bila dia berfikir semula, jodoh pertemuan itu semua terletak di tangan ALLAH SWT, apabila sudah tiba masanya ia akan tiba juga.

Pelakon ini juga meberitahu, ciri-ciri lelaki pilihannya adalah seseorang yang memahami kerjaya seninya, beriman, rajin, menghormati orang tua dan memiliki rupa paras yang sedap mata memandang.

 

2. 90% Confirm Selena Gomez Dan Justin Bieber Berpisah Lagi!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini Untuk Korang Baca!

Menurut sumber Daily Mail, pasangan artis popular antarabangsa, Selena Gomez dan Justin Bieber dilaporkan sudah berpisah kerana hubungan mereka tidak direstui oleh ibu Selena.

IKLAN

Ibu Selena, Mandu Teefey berkata dia tidak bersetuju dengan keputusan anaknya untuk berbaik semula dengan Justin kerana tidak mahu anaknya dikecewakan lagi.

Dalam pada itu, Selena juga telah mencuba sedaya upaya untuk memujuk ibunya, bahawa Justin sudah berubah namun ibunya tetap dengan pendiriannya menghalang hubungan mereka.

Disebabkan itu, Selena dan Justin mengambil keputusan untuk berpisah.

 

IKLAN

3. Linda Onn Tak Akan Lupa Tangisan Pertama Anaknya, Ungku Zara

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini Untuk Korang Baca!

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa penyampai radio dan usahawan popular, Linda Onn baru sahaja bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi sulungnya beberapa minggu yang lalu.

Baru-baru ini, MH ada telihat satu perkongsian Linda yang berkongsi nama puteri sulungnya, Ungku Zara dan pada ruang kapsyen juga dia berkata, kehadiran anaknya telah membawa kebahagiaan dalam keluarganya.

Linda juga berkata, dia tidak akan melupakan tangisan pertama anaknya dan akan menyayangi puterinya.

IKLAN

 

4. Zahirah Macwilson Berhati-hati Kongsi Perihal Peribadi

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini Untuk Korang Baca!

Pelakon cantik, Zahirah Macwilson menerusi sumber Astro Gempak berkata sepanjang lebih tiga tahun bergiat dalam industri hiburan, namanya sering dikaitkan dengan gosip cinta, kes penceraian ibu bapa dan kontroversi lain.

Menurut pelakon ini, dia mengakui serik apabila namanya terpalit dengan kontroversi dan dia mahu fokus dengan kerjayanya selepas ini.

Katanya lagi, selepas ini dia akan lebih berhati-hati jika mahu berkongsi mengenai perkara yang melibatkan hal peribadinya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI