1. ‘Tak Maksudkan Kulit Ayam Tak Garing Tapi Tak Cukup Masak’ – Juri Masterchef UK Tampil Beri Penjelasan Isu Rendang ‘Crispy’

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Seperti yang semua sudah sedia maklum dengan isu viral baru-baru ini tentang juri bagi sebuah rancangan masakan, Masterchef UK telah memberi kritikan terhadap masakan salah seorang peserta rancangan itu yang berasal daripada Malaysia.

Peserta yang bernama Zaleha telah menyediakan hidangan nasi lemak bersama rendang namun begitu juri, Gregg Wallace mengkritik kulit ayam pada rendang itu tidak garing.

Menerusi rancangan Good Morning Britain, Gregg tampil memberi penjelasan bahawa ketika dia memberi komen terhadap masakan itu, dia tidak maksudkan kulit ayam itu tidak garing tetapi dia cuba mengatakan yang ayam itu tidak cukup masak.

 

2. Disebabkan Gementar, Elyana Tak Jumpa Bangunan KLCC Sebelum Tayangan Pratonton Filem Dukun

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Pelakon dan penyanyi, Elyana ketika ditemui di majlis pratonton tayangan filem Dukun memberitahu, dia dan suaminya sesat dan tidak menjumpai bangunan KLCC sebelum ke majlis tersebut.

Katanya, hampir 20 minit dia dan suaminya berlegar-legar di sekitar kawasan yang sama namun masih tidak menjumpainya.

Ads

“Hari ini (kelmarin) hari nervous saya, sebab tu kot saya tak jumpa KLCC.

 

“Saya dah guna waze tapi masih tak jumpa dan itu buat kami jadi pelik kerana kami sering ke KLCC,” katanya.

Dalam pada itu, Elyana juga memberitahu tentang perasaannya terhadap filem ini dan dia berkata perasaannya bercampur baur. Ada rasa gembira, terkejut dan juga gementar.

Tambahnya lagi, dia berharap dengan keluarnya filem ini di pawagam, dapat mengubat kerinduan peminat yang mahu menyaksikan lakonannya.

 

3. ‘Separuh Jiwaku Pergi Selamanya’ – Kekasih Allahyarham Emy AF 2016 Luah Rasa Sedih

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Pada 3 April yang lalu, bekas peserta program realiti popular, Akdemi Fantasia 2016, Zahrul Hilmi Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan nama Emy telah pergi buat selama-lamanya menghadap Illahi setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Ads

Kekasih kepada Emy yang dikenali sebagai, Cathy Alkantara (nama pada akaun Facebook) telah meluahkan rasa sedih kerana kehilangan orang yang paling dicintainya.

Luahan perasaannya ini telah diluahkan menerusi akaun Facebooknya dengan memuat naik beberapa status sedih.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Ads

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

MH harap Cathy tabah dengan ujian dan dugaan ini dan semoga arwah Emy tenang di sana di samping penciptaNya.

 

4. ‘Tak Nafikan Lelaki Boleh Kahwin Lebih Dari Satu, Tapi Kita Boleh Elak Kahwin Suami Orang’ – Risteena

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Pelakon cantik, Risteena Munim melalui sumber BH Online berkata, dia mengakui dirinya cukup tidak suka kepada lelaki yang sudah berkahwin tetapi masih lagi menggatal dengan perempuan lain.

“Saya tak nafikan lelaki boleh kahwin lebih daripada satu. Kita tak boleh elak suami berkahwin dengan wanita lain, tetapi kita boleh mengelak daripada mengahwini suami orang.

 

“Memang, saya pernah berdepan dengan keadaan didekati suami orang yang hidung belang. Namun, apabila mendapat tahu dia mempunyai niat tertentu, cepat-cepat saya tarik diri. Buat apa kita nak layan orang yang memang ada niat tak baik?” katanya kepada BH Online.

Katanya lagi, dia berharap agar dipertemukan dengan seorang lelaki yang bukan ‘kaki perempuan’ kerana dirinya sendiri pernah melalui pengalaman itu sebelum ini.

“Saya tak kisah kalau lelaki itu tidak boleh memberikan kemewahan, asalkan dia dapat menyayangi dan menjaga saya dengan baik,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI