1. Brat Pitt Dan Jennifer Aniston Bakal Berkahwin Semula?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Pelakon popular antarabangsa, Brat Pitt dan Jennifer Aniston menurut satu sumber dikatakan bakal berkahwin semula tidak lama lagi.

Hubungan mereka kembali intim selepas masing-masing mengambil keputusan untuk memperbaiki kesalahan yang pernah dilakukan dahulu.

Pasangan ini juga merancang untuk membeli rumah yang lebih selesa untuk tinggal bersama nanti.
Terdahulu Brat Pitt dan Jennifer pernah berkahwin pada tahun 2000 namun berpisah pada tahun 2005.

 

2. Sertai Running Man Buat Song Ji Hyo Alami Masalah Lutut Yang Serius

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

MH pasti ramai yang gemar menonton rancangan Running Man daripada negara Korea Selatan kerana barisan peserta yang terdiri daripada selebriti popular negara itu.

IKLAN

Pelakon, Song Ji Hyo yang merupakan salah seorang peserta mengalami masalah lutut yang serius sejak menyertai rancangan ini sejak lapan tahun yang lalu.

Menurut sumber, Ji Hyo terpaksa menggunakan fizikal badan dan tenaganya untuk melakukan segala aktiviti yang telah dibuat sepanjang sesi penggambaran.

Dia juga perlu berlari dan melakukan aktiviti lasak dan itu membuatkan lututnya mempunyai masalah yang serius.

 

IKLAN

3. Sasha Saidin Tak Mahu Jadikan Status Ibu Tunggal Sebagai Penghalang Untuk Bahagia

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Pelakon dan penyanyi cantik, Sasha Saidin berkata status ibu tunggal yang dipegangnya bukanlah penghalan untuk dia hidup bahagia.

Katanya kepada sebuah sumber, dia bersyukur kerana dapat membesarkan anak lelakinya dan menjalani hidup seperti biasa walaupun tanpa suami.

IKLAN

“Alhamdulillah kehidupan saya semakin bahagia dan tiada masalah membesarkan Aryan semenjak berpisah dengan suami.

 

“Kehidupan kami berjalan seperti biasa dan rezeki sentiasa ada untuk saya menampung perbelanjaan keluarga.

 

“Saya juga tidak mahu menjadikan status ibu tunggal sebagai halangan untuk kami hidup bahagia sama seperti orang lain.

 

“Ibu sebenarnya banyak membantu melancarkan urusan harian saya apabila perlu keluar bekerja bagi memenuhi pelbagai tawaran kerjaya seni,” katanya kepada Astro Gempak.

 

4. Vivy Yusof Hamil Anak Ketiga!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Tahniah MH ucapkan kepada pengasas Fashion Valet, Datin Vivy Yusof yang kini sedang hamil cahayamata ketiganya.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh Vivy menerusi akaun Instagramnya.

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

“Baby number 3 wants to say hello. ❤ #blessed #fadzaitsyoursfyi ?,” tulisnya pada ruang kapsyen.

MH doakan semoga segala urusan sepanjang tempoh kehamilan sehingga saat melahirkan dipermudahkan dan Vivy juga bayi dalam kandungan diberikan kesihatan yang baik.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI