1. ‘Saya Jalani Hidup Seperti Biasa Dan Baik-baik Sahaja’ – Izreen Tidak Terkesan Dengan Kecaman Netizen
Sejak isu pelakon, Izreen Azminda berkahwin secara senyap-senyap dengan suaminya, Ude Wahid pelbagai kecaman dilemparkan kepadanya oleh netizen sehingga ada yang melabelkan dirinya sebagai perampas suami orang.
Baru-baru ini, Ude dan bekas madu Izreen, Intan Liana telah sah bercerai talak satu dan itu menambahkan lagi kecaman daripada netizen kepada pelakon ini.
Menurut sumber Utusan Online, Izreen berkata hidupnya berjalan seperti biasa dan dia tidak terkesan dengan kecaman daripada netizen.
“Alhamdulillah, saya jalani hidup seperti biasa dan baik-baik sahaja. Jangan bimbang,” ujarnya kepada Utusan Online.
2. Adik Neelofa Mohon Maaf Isu ‘Eeeww Samsung’
Heboh di media sosial baru-baru ini dengan kontroversi adik kepada pelakon dan usahawan popular, Neelofa iaitu Ameera Khan tentang sebuah video yang merakamkan dirinya menjawab persoalan memilih jenama telefon iPhone ataupun Samsung.
Video tersebut mendapat respon negatif daripada netizen dan rentetan daripada hal itu, Ameera menerusi Insta Storiesnya telah memohon maaf.
Dalam pada itu, dia juga turut menyatakan bahawa isu bekas gurunya mendedahkan perangai sebenarnya di media sosial itu adalah tidak benar sama sekali.
3. ‘Makin Lama Makin Annoying Pulak. Dia Ni Memang Asyik Fikir ‘Benda’ Tu Jeke’ – Netizen Rimas Dengan Kepsyen Saharul Ridzwan?
Kalau korang merupakan pengikut kepada pelakon popular, Saharul Ridzwan di Instagram, pasti korang perasan kapsyen yang sering ditulis oleh pelakon ini sering mengusik isterinya dengan ayat-ayat manis.
Namun begitu ada netizen yang merasakan kapsyennya sebagai ‘gatal’ dan mula rimas.
Tidak hanya membiarkan sahaja komen tersebut, Saharul telah membalas komen tersebut dengan menjawab setiap persoalan.
4. ‘Selera Makanan Dan Ghairah Kehidupan Sudah Menurun Sampai Ke Peringkat Menunggu….’ – Bob Lokman
Bekas pelakon, Bob Lokman menerusi statusnya di akaun Facebook telah meninggalkan pesanan buat semua orang yang dianggapnya sebagai sahabat.
Sedih dan hiba hati apabila membacakan pesanannya ini. Bob bekata selera makan dan keseronokan dalam kehidupan sudah semakin menurun dan kini sudah sampai ke tahap menunggu.
Apapun MH sentiasa mendoakan agar Bob diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih seperti sediakala.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI