Categories: Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Share

1. Netizen Kecam Baju Rekaan Rizalman Macam Sotong?

Netizen sememangnya mempunyai kuasa yang amat besar dalam media sosial dengan menggunakan papan kekunci mereka sebagai senjata untuk melemparkan kecaman.

Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim juga turut menjadi mangsa kecaman netizen apabila baru-baru ini rekaan bajunya untuk seorang jutawan, Norhaili Ahmad Mokhtar yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EB Champions United dikecam kerana kelihatan seperti sotong.

Namun begitu, Rizalman tidak cepat melatah dengan kecaman sebaliknya dia mempertahankan busana rekaannya itu.

 

2. Shiha Zikir Kongsi 2 Syarat Untuk Kekasih Waktu Mula-mula Berkenalan

Penyanyi, Shiha Zikir menerusi akaun Instagramnya telah mengucapkan selamat hari lahir buat kekasih hatinya yang juga merupakan pengurusnya, Arul.

Menurut kapsyen perkongsian Shiha, penyanyi ini berkongsi kisah perkenalan mereka dari mula dia menceburi industri muzik sehingga kini.

Shiha juga turut berkongsi dua syarat yang ditetapkan olehnya kepada Arul jika mahu berkawan dengannya.

 

3. Untuk Naikkan Berat Badan Ke 90kg, Remy Ishak Terpaksa Makan 8 Kali Sehari

Pelakon popular, Remy Ishak bakal berlakon dalam sebuah filem aksi yang akan memulakan penggambaran pada 8 Mei nanti.

Menurut laporan Mstar Online, Remy berkata dia dalam proses untuk membesarkan badan sebelum penggambaran filem tersebut bermula.

Katanya lagi, dia terpaksa makan lapan kali sehari untuk menaikkan berat badannya ke 90kg.

“Saya dalam proses untuk besarkan badan kerana filem baru saya akan bergandingan dengan Zul Ariffin, saya terpaksa buat badan kerana badan Zul besar.

 

“Berat badan saya sekarang 76 kilogram dan perlu naik 90 kilogram dan kemudian turunkan pula 83 kilogram sebelum mula penggambaran ini. Setiap hari saya perlu makan lapan kali iaitu nasi, ayam dan telur sampai kadang-kadang saya rasa sesak nafas,” katanya kepada mStar Online.

4. Izreen Azminda Luah Rasa Terharu Terima Bunga Dari Suami Tercinta

MH pasti setiap isteri di dunia ini akan berasa gembira jika menerima kejutan daripada suaminya.

Pelakon popular, Izreen Azminda baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya telah meluahkan rasa terharu apabila suaminya, Ude Wahid telah memberikan sejambak bunga kepadanya.

IKLAN