1. Netizen Kecam Baju Rekaan Rizalman Macam Sotong?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Netizen sememangnya mempunyai kuasa yang amat besar dalam media sosial dengan menggunakan papan kekunci mereka sebagai senjata untuk melemparkan kecaman.

Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim juga turut menjadi mangsa kecaman netizen apabila baru-baru ini rekaan bajunya untuk seorang jutawan, Norhaili Ahmad Mokhtar yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EB Champions United dikecam kerana kelihatan seperti sotong.

Namun begitu, Rizalman tidak cepat melatah dengan kecaman sebaliknya dia mempertahankan busana rekaannya itu.

 

2. Shiha Zikir Kongsi 2 Syarat Untuk Kekasih Waktu Mula-mula Berkenalan

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

IKLAN

Penyanyi, Shiha Zikir menerusi akaun Instagramnya telah mengucapkan selamat hari lahir buat kekasih hatinya yang juga merupakan pengurusnya, Arul.

Menurut kapsyen perkongsian Shiha, penyanyi ini berkongsi kisah perkenalan mereka dari mula dia menceburi industri muzik sehingga kini.

Shiha juga turut berkongsi dua syarat yang ditetapkan olehnya kepada Arul jika mahu berkawan dengannya.

Hari ni hari ulangtahun kelahiran my one and only Mr.Arul? Kalau ada yang belum tau,dialah salah seorang pendorong dalam karier seni Shiha selain my parents & family.Banyak masa&tenaga yg dah dia korban demi nak tengok Shiha capai apa yang Shiha nak.Lepas Shiha tamat kontrak dengan management & label dengan salah sebuah company,Shiha decide nak bergerak secara independant & dia willing untuk tolong managekan Shiha walaupun dia ada bisnes & kerja dia sendiri.Dulu sebelum Shiha tamat kontrak memang dia jarang follow Shiha sebab Shiha dah ada manager dari pihak management.Tu yang paling buat Shiha terharu sebab x pasal2 sekarang dia kena tlg buat kerja2 manager plak haha (kelakar tgk waktu first time dia deal price untuk show). . Ramai orang ingat Shiha rapat dengan dia selepas Shiha masuk industri.Sampai ada jugak makcik2 bawang cakap “eh kenapa dia kapel dengan manager dia?”.Tapi anda silap.Shiha kenal dia SEBELUM Shiha masuk dalam industri lagi & dia dan mak lah orang yang tunggu Shiha kat pintu pagar TV3 dari pagi-ke tengah malam waktu Shiha audition Mentor 2011 dulu dimana time tu lah permulaan Shiha serius dalam industri.Shiha kenal dia hujung tahun 2009..Lamakan?Ramai cakap “lamanya kau bertahan dengan dia beb..”..Tau tak kenapa bole bertahan?Sebab dia bertanggungjawab,hormat org tua,open minded & sangat memahami kerja Shiha.Yang paling best skali syarat Shiha waktu mula2 kitorang berkenalan tu,Shiha cakap “kalau ikhlas nak kawan dengan saya,awk kena trima kalau kemana2 sy bawak mak & kena trima mak saya sebab kalau saya kawin nanti pun saya tetap akan jaga mak sebab arwah abah dah meninggal” & dia cakap “Saya ok dgn syarat tu”..Syukur lepas dgr jawapan tu..insyaAllah kalau sy kawin pun nanti (samada dgn dia atau @brunomars ) sy akan jaga orang tua si dia mcmna sy jaga mak saya jugak..Ececeh.. hehe..ok lah,panjang kemain caption.Doa yang baik2..Bab jodoh tu jgn tanya byk kali k sebab kalau ada jodoh takkan kemana kan3 ? (Psst: wish & hadiah sila check whatsapp anda ya wahai @aruleshi ?) #KaranganUntukPakcikMakcikBawang #HapuskanBawangJadian #SuperBawangTheMovie

A post shared by Shiha Zikir D’Academy Asia???? (@shihazikir) on

IKLAN

 

3. Untuk Naikkan Berat Badan Ke 90kg, Remy Ishak Terpaksa Makan 8 Kali Sehari

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Pelakon popular, Remy Ishak bakal berlakon dalam sebuah filem aksi yang akan memulakan penggambaran pada 8 Mei nanti.

IKLAN

Menurut laporan Mstar Online, Remy berkata dia dalam proses untuk membesarkan badan sebelum penggambaran filem tersebut bermula.

Katanya lagi, dia terpaksa makan lapan kali sehari untuk menaikkan berat badannya ke 90kg.

“Saya dalam proses untuk besarkan badan kerana filem baru saya akan bergandingan dengan Zul Ariffin, saya terpaksa buat badan kerana badan Zul besar.

 

“Berat badan saya sekarang 76 kilogram dan perlu naik 90 kilogram dan kemudian turunkan pula 83 kilogram sebelum mula penggambaran ini. Setiap hari saya perlu makan lapan kali iaitu nasi, ayam dan telur sampai kadang-kadang saya rasa sesak nafas,” katanya kepada mStar Online.

4. Izreen Azminda Luah Rasa Terharu Terima Bunga Dari Suami Tercinta

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

MH pasti setiap isteri di dunia ini akan berasa gembira jika menerima kejutan daripada suaminya.

Pelakon popular, Izreen Azminda baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya telah meluahkan rasa terharu apabila suaminya, Ude Wahid telah memberikan sejambak bunga kepadanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI