Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

Share

1. Aishah Turun 14.5kg Lepas 2 Bulan Lakukan Pembedahan

Penyanyi, Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu, kini kelihatan semakin susut apabila berat badannya telah turun sebanyak 14.5kg selepas melakukan pembedahan Bariatric Surgery atau pintasan gastrik, dua bulan yang lalu.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh Aishah menerusi akaun Instagramnya dan menurut penyanyi ini lagi dia berhasrat untuk menurunkan berat badan sebanyak 25kg lagi.

 

2. Zul Hulzaimy Timang Anak Lelaki

Sabtu lalu, pelakon popular, Zul Huzaimy menerusi akaun Instagramnya telah meluahkan rasa syukur apabila zuriatnya selamat dilahirkan oleh isteri tercinta.

Isterinya telah melahirkan seorang anak lelaki di hopital di ibu negara pada jam 11.24 malam dan bayi dilahirkan dengan berat 3.48kg.

3. Netizen Sebak Tengok Video Dan Luahan Hati Rita Rudaini Untuk Anak-anaknya

Pelakon popular, Rita Rudaini baru-baru ini ada memuat naik sebuah video menerusi akaun Instagramnya bersempena hari lahir anak bongsunya, Airit Qaqa Arjuna.

Apa yang menyentuh hati MH dan para netizen adalah luahan hati Rita untuk anak-anaknya di ruang kapsyen.

Apapun MH ucapkan selamat hari lahir buat Arjuna, semoga diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh.

 

4. Fazura Tidak Kecil Hati Dengan Kritikan Netizen Tentang Nyanyiannya

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon popular, Fazura baru-baru ini telah berduet bersama penyanyi popular daripada Indonesia, Anggun menerusi lagu, The Good Is Back.

Dalam pada itu menurut laporan BH Online, ada segelintir yang mengkritik suara Fazura dan ada juga yang mengatakan lagu duet di antara Anggun dan penyanyi, Rossa lebih sedap didengar.

Walau bagaimanapun, Fazura tidak berkecil hati dengan segala kritikan yang diberika terhadapnya.

“Saya terima semua kritikan itu dengan hati yang terbuka. Biasalah, kita perlu berdepan dengan semua cabaran seperti itu untuk berjaya.

 

“Diakui, lagu itu paling sukar untuk saya nyanyikan, ditambah dengan vokal Anggun yang sangat hebat.

 

“Apabila dia memilih saya untuk menjadi rakan duet, saya sahut cabaran itu dengan memberikan yang terbaik mengikut kemampuan diri,” katanya kepada BH Online.

Fazura juga berkata dia tidak kisah dibandingkan dengan Rossa kerana baginya, setiap penyanyi mempunyai cara nyanyian yang tersendiri.

IKLAN