1. Shila Amzah Bakal Tamat Zaman Bujang 19 April Ini
Tahniah MH ucapkan kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah yang bakal bernikah pada 19 April depan dengan jejaka pilihan hatinya.
Menurut laporan Astro Awani, Shila masih tidak memaklumkan lagi tarik bagi majlis resepsi dan akan mengumumkannya nanti.
“Walaupun sibuk dengan jadual yang padat untuk karier saya, saya juga sibuk dengan persiapan perkahwinan saya yang akan berlangsung 19 April ini.
“Sebagai penggiat seni, saya akur dengan ketetapan untuk berulang alik terutamanya ke China kerana saya juga perlu memenuhi permintaan di sini,” katanya kepada Astro Awani.
2. Fara Fauzana Minta Beri Ruang Pada Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy
Sejak putusnya pertunangan antara dua selebriti popular, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy pada bulan Fabruari lalu, kontroversi mereka ini nampaknya mendapat perhatian daripada netizen dan ramai yang tidak henti berbicara berhubung kontroversi putus tunang mereka.
Sebagai sahabat, selebriti popular, Fara Fauzana menerusi laporan Sinar Harian meminta pada semua pihak untuk memberikan ruang pada Sufian dan Elfira.
“Secara peribadi, saya lebih mengenali Elfira. Dah tentunya, saya memberi sokongan moral kepadanya.
“Tapi, dalam situasi itu, kita ada zon yang kalau boleh just give us a space. Jadi, berilah mereka ruang.
“Tapi sebagai sahabat, jangan pula ruang itu dibiarkan senyap sebaliknya berilah kata-kata semangat,” katanya kepada Sinar Harian.
3. Hanez Suraya Mohon Hormat Dirinya Sebagai Isteri Orang
Pelakon cantik, Hanez Suraya menerusi sumber Astro Gempak berkata, dia terkejut apabila namanya disebut sebagai bekas teman wanita kepada penyanyi popular, Awi Rafael ketika memberikan kenyataan dia sudah berkenalan dengan tunangnya yang juga seorang pelakon popular, Atikah Suhaime sejak dia masih bercinta dengan Hanez.
Hanez berkata, Awi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu dan harus menghormati dirinya yang memegang status sebagai isteri orang.
“Saya tidak tahu menahu tentang kenyataannya sehingga ada wartawan yang menghubungi saya untuk mendapatkan komen.
“Saya terkejut, kenapa nama saya masih diungkit-ungkit sedangkan hubungan kami sudah lama berakhir.
“Sejujurnya saya tidak selesa dengan situasi ini dan mohon hormati saya sebagai isteri orang.
“Saya tidak mahu suami saya terkesan dengan isu sebegini,” katanya kepada Astro Gempak.
4. Tidak Bercinta Dengan Ejen Hartanah, Angelina Jolie Masih ‘Single’
Kecoh di media sosial memperkatakan tentang pelakon antarabangsa popular, Angelina Jolie yang dikatakan sedang bercinta dengan seorang ejen hartanah.
Sumber, Us Magazine menafikan hal itu dan berkata Angelina masih lagi ‘single’ selepas berpisah dengan bekas suaminya yang juga pelakon kacak, Brad Pitt.
Kata sumber lagi, berita yang mendakwa Angelina sedang bercinta dengan ejen hartanah itu hanya khabar angin sahaja kerana sehingga sekarang ini masih tiada sebarang bukti yang menunjukkan mereka sedang bercinta.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI