Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Menarik Pagi Ini!

Share

1. Dada Afdlin Shauki Sesak Dengar Ibu Kena Serangan Jantung

Sebagai seorang anak pastinya kita takut dan sedih apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada ibu kita.

Pelakon dan pengarah popular, Datuk Afdlin Shauki melahirkan rasa pilu di Instagramnya apabila mendapat berita ibunya terkena serangan jantung dan perkara itu membuatkan dadanya sesak.

MH doakan agar ibu Afdlin lekas sembuh dan sihat seperti sediakala.

 

2. Peminat Kata Muka Kakak Ismail Izzani Macam Nabila Razali

Baru-baru ini, penyanyi popular, Ismail Izzani telah berkongsi satu gambar bersama dua orang kakaknya di Instagram ketika menghadiri majlis resepsi penyanyi, Shila Amzah.

Nampaknya ramai peminat yang tertarik melihat salah seorang kakak Ismail yang dikatakan mirip seperti penyanyi comel, Nabila Razali.

Ok jom MH share gambar tersebut dengan korang.

Amacam sama ke macam Nabila Razali? Di bawah MH sertakan beberapa komen peminat yang mengatakan wajah kakak Ismail mirip penyanyi lagu Pematah Hati itu.

gil.adib_: Aq sorang je ke perasan muka kakak mail yg tgh macam @nabila.razali?

a.syazwani: ingat tengah tu @nabila.razali sia hahahahaha

amanisofiah: Your sister looks like nabila razali + sarancak

officel_mohammad: Akak cumi cumi yg sebelah Ismail tu

 

3. Syura Diekori Lelaki Berkereta Mewah Dan Terima Panggilan Misteri?

Penyanyi, Syura menerusi laporan Astro Gempak telah mendedahkan bahawa dia pernah diekori oleh individu yang tidak dikenalinya selama beberapa minggu malah dia juga menerima sejambak bunga setiap hari.

“Saya memang terkejut dan takut apabila hampir setiap hari selama dua minggu saya menerima jambangan bunga atas kereta saya.

 

“Tak cukup dengan itu saya mendapat panggilan misteri tanpa nombor yang mengikut saya kemana sahaja saya pergi.

 

“Pernah sekali saya terangkat panggilan dia dan katanya dia tahu di mana saya berada,” katanya kepada Astro Gempak.

Menurut sumber lagi, semakan menerusi CCTV di kediamannya mendapati individu tersebut adalah seorang lelaki dan dia memandu sebuah kereta mewah.

Katanya lagi, kereta tersebut pernah mengekorinya dari belakang sehingga dia terpaksa meminta bantuan daripada pengurusnya.

 

4. ‘I Dah Letak Nama, Nasib Baik Tak Letak Cop Tapak Kaki Sekali’ – Anzalna Nasir

Betul-betul ‘win’ kapsyen yang ditulis oleh pelakon popular, Anzalna pada posting terkininya di Instagram.

Anzalna telah berkongsi sebuah gambar lukisan hasil tangannya dan di ruang kapsyen dia berharap jangan ada yang mendakwa dia mencuri lukisan tersebut kerana dia sudah meletakkan namanya.

Terdahulu, Anzalna meluahkan rasa geramnya di salah satu postingnya apabila ada pihak yang mendakwa dia mencuri lukisan hasil tangan orang lain sedangkan lukisan itu dilukis sendiri olehnya.

IKLAN