1. Gelagat Nabil Takut Ular Buat Netizen Pecah Perut

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Menarik Pagi Ini!

Program TV, Meletop yang bersiaran di saluran Astro Ria kelmarin telah menjemput barisan pelakon filem Dukun ke studio sebagai tetamu jemputan.

Pelakon yang hadir adalah Datin Umie Aida, Faizal Hussein dan juga Hasnul Rahmat. Namun begitu kehadiran mereka juga turut ditemani dengan haiwan berbisa iaitu seekor ular.

Pengacara program tersebut, Nabil Ahmad telah membuat para penonton ketawa hingga pecah perut apabila menyaksikan gelagatnya yang sangat takut kepada ular tersebut.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Menarik Pagi Ini!

 

IKLAN

2. ‘Saya Hampir Putus Asa Dan Terfikir Untuk Berhenti Jadi Anak Seni’ – Nadzmi Adhwa

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Menarik Pagi Ini!

Pelakon, Nadzmi Adhwa menerusi laporan BH Online berkata, dia hampir berputus asa untuk meneruskan kariernya dalam bidang seni selepas terpalit dengan kontroversi penemuan ganja dalam kenderaannya pada tahun lalu.

“Saya hampir berputus asa dan pernah terfikir untuk berhenti daripada menjadi anak seni. Selama empat bulan, saya langsung tidak menerima tawaran berlakon hingga terfikir untuk mencuba bidang lain,” katanya kepada BH Online.

Nadzmi juga berkata, perkara yang terjadi itu benar-benar meninggalkan kesan terhadap dirinya kerana ia bukan perkara kecil dan hal itu juga turut mendapat tempias terhadap nama baik keluarga.

“Biarpun tidak bersalah, sukar untuk saya mengikis persepsi orang luar.

 

“Namun, saya percaya rezeki tetap ada selagi kita berusaha. Itu yang saya cuba lakukan apabila kembali diberi kepercayaan. Saya perlu bermula dari bawah semula,” katanya.

 

IKLAN

3. Wani Kayrie Bakal Wakili Malaysia Ke Hollywood!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Menarik Pagi Ini!

Penyanyi comel, Wani Kayrie yang baru-baru ini menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah melayakkan dirinya dan bakal mewakili negara untuk ke Hollywod bagi menyertai pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA).

Hal ini telah diberitahu sendiri oleh Wani menerusi laporan daripada Sinar Harian dan katanya, pertandingan tersebut bakal berlangsung pada bulan Julai nanti.

IKLAN

“Ini merupakan pernyertaan kali kedua saya di mana sebelum ini pernah menyertainya pada tahun 2012 tetapi menerusi kategori junior.

 

“Menerusi lima kategori yang disertai ketika itu, saya memenangi satu emas, tiga perak dan satu gangsa.

 

“Apa pun kali ini tentunya berbeza kerana saya bakal bertanding dalam kategori senior yang tentunya berdepan saingan yang hebat-hebat daripada bakat seluruh dunia,” kata Wani.

MH doakan segala yang terbaik buat Wani di sana nanti.

 

4. Hafizul Kamal Berjaya Sadokan Badan Dalam Masa 6 Minggu

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Menarik Pagi Ini!

Hanya dalam masa enam minggu pelakon dan pengacara, Hafizul Kamal telah berjaya mengubah bentuk badannya menjadi sado.

Berita ini dikongsikan sendiri olehnya di Instagram dan menurut perkongsiannya, Hafizul berkata dia hanya mempunyai masa selama enam minggu sahaja untuk menyiapkan badannya sebelum penggambaran filem Paskal bermula.

A post shared by Pijot (@hafizulkamal) on

“Sy hanya ada 6 minggu utk siapkan badan sy sebelum shooting filem #paskal ..tak hebat mana tapi tu lah 6 minggu weih..ini tanggungjawab..xkan badan barai nak bawak nama #paskal.. xbesar pun kalau tgk live sbb anggota sebenar pun badan super lean..gambar first tu badan koyak sunburn ?,” tulisnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI