1.Achey Berterima Kasih Pada Semua Peminat Atas Kata Semangat

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Kena Baca Hari Ini!

Masih ingat dengan perkongsian kisah Achey yang menyentuh hati bila bercerita soal anak?

Baru-baru ini melalui Harian Metro, pelawak itu ada meminta orang ramai untuk tidak sesuaka hati menuduh dirinya mandul.

Malah Achey turut memberitahu sebagai pasangan suami isteri, pasti dia dan isterinya mahukan zuriat cuma mungkin ini hanya ujian yang tuhan berikan padanya.

Dalam masa yang sama Achey juga telah mencuba beberapa langkah altenatif, rawatan dan gaya hidup yang sihat.

Bagaimanapun Achey turut berterima kasih pada semua peminat kerana sehingga kini dia telah menerima beribu mesej dan kata-kata positif sejak slot Di Balik Tawanya itu menjadi bualan hangat di media sosial.

Sumber: Harian Metro

2.Pekin Ibrahim Buat Laporan Polis Isu FB Live

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Kena Baca Hari Ini!

IKLAN

Nampaknya netizen tidak pernah serik untuk berkongsi cerita-cerita yang ditayangkan dipawagam dengan cara FB Live.

Jika sebelum ini beberapa filem telah mengambil tindakan pada individu tidak bertanggungjawab ini, kali ini Pekin telah tampil ke hadapan untuk membuat laporan polis tentang penyebaran cerita tanpa kebenaran.

Melalui Instagram, Pekin memberitahu dirinya tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi dan hanya berserah pada pihak berkuasa mengambil kesempatan ke atas individu terbabit.

Pekin yang agak kecewa apabila filem arahannya, KL Wangan menjadi mangsa FB Live meminta orang ramai untuk berhenti melakukan perkara tersebut dan sentiasa menyokong filem Malaysia.

Malah Pekin sempat menggunakan hashtag #perjuangkanfilemmalaysia sebagai tanda protes pada sikap individu tidak bertanggungjawab ini.

IKLAN

3.Walaupun Dapat Dislike 70k Tetapi ANT 3.0 Tetap Trending No.1

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Kena Baca Hari Ini!

Kesian betul MH tengok Datuk Seri Aliff Syukri dan pasangan duetnya Nur Sajat kerana sering menjadi mangsa kritikan dan kecaman oleh netizen.

Seperti yang kita tahu baru-baru ini Aliff ada mengeluarkan video klip terbarunya Abang Nak Tegur 3.0 di Youtube, namun video tersebut telah mendapat pandangan negatif daripada orang ramai.

Sehingga kini baru sahaja 2 hari, video tersebut telah mendapat dislike sebanyak 70K.

Namun bagaimanapun, video klip ini telah mendapat tempat pertama di Youtube trending dan membuktikan ia masih relevant untuk di dengar.

IKLAN

Apapun MH memang suka video klip Abang Nak Tegur baik 1.0 sehingga 3.0 memang terbaik dan kami juga sangat memuji hasil video klip yang dilakukan di Spain ini. Memang terbaik!

4.Gambar Seksi Tersebar, Elvina Tampil Mohon Maaf

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Kena Baca Hari Ini!

Mungkin nama Elvina agak baru di dalam industri namun aura dan kecantikannya memang tidak dapat dinafikan lagi.

Namun seperti yang kita tahu baru-baru ini salah satu gambar peribadi Elvina telah tersebar luas di media sosial sehingga ada sesetengah pihak mula mengecam tindakannya yang dikatakan agak seksi, membuatkan dirinya bertanggungjawab untuk tampil ke hadapan memohon maaf andai gambar percutiannya itu menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Melalui Berita Harian, Elvina akan mengambil pengajaran daripada kontroversi yang timbul dan tidak akan mengulangi perkara yang sama.

Tambahnya, selepas ini dia akan lebih berhati-hati untuk berkongsi gambar kerana ingin lebih fokus dalam bidang kerjayanya.

Sumber: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI