Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu Lepas!

Share

1. Achey Bagi Hadiah Teddy Bear Pada Abam Sempena Hari Jadi

Pelawak popular, Achey Bocey telah menghadiahkan sebuah teddy bear kepada sahabat baiknya yang juga merupakan seorang pelawak popular, Abam Bocey bersempena hari jadi Abam di majlis persandingannya.

Memang comel betul bila tengok Achey bersusah payah membawa teddy bear tersebut menaiki motor!

 

2. Bersemut! Saharul Ridzwan Tulis Surat Terbuka Buat Isteri

Wow romantik sungguh pelakon popular, Saharul Ridzwan terhadap isterinya selepas dilihat menulis surat terbuka dengan kata-kata manis buat isteri tercinta di Instagram.

 

3. Semakin Kurus, Enot Akui Ramai Lelaki Cuba Ajak Untuk Bercinta

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita popular, Enot yang kini sudah semakin kurus.

Tak dapat dinafikan penampilan Enot semakin cantik dan bergaya setelah berjaya menurunkan berat badan.

Enot berkata kepada satu sumber bahawa dia mengakui ada lelaki yang cuba mendekatinya malah ada juga yang berpangkat ‘Datuk’ namun dia tidak melayan dan mengabaikan mereka kerana mahu fokus soal hidup dan anak-anaknya.

 

4. Air Mata Abby Abadi Menitis Dengar Anak Alunkan Bacaan Al Quran

Ibu mana yang tidak terusik hatinya bila melihat anak yang dikandung selama sembilan bulan kini membesar dengan sihat dan berjaya menjalani hidup berpandukan agama.

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi menulis di akan Instagramnya bahawa air matanya menitis ketika mendengar anak sulungnya mengalunkan bacaan Al Quran.

IKLAN