1. ‘Sama Macam Orang Melayu Buka Restoran Makanan Cina’ – Michael Ang Minta Jangan Persoalkan Bisnes Baju Melayunya
Pengarah terkenal, Michael Ang telah mengeluarkan koleksi baju Melayu sempena Aidilfitri.
Menurut laporan Mstar Online, Michael berkata sepetutnya tiada persoalan mengapa dia membuat bisnes baju Melayu kerana tujuannya hanyalah untuk menarik masyarakat Cina untuk memakai baju Melayu dalam perayaan atau majlis perkahwinan.
“Ia sama seperti orang Melayu yang membuka restoran masakan Cina, tujuannya untuk menarik orang Melayu yang ingin makan makanan tersebut.
“Begitu juga saya, saya percaya ada masyarakat Cina yang teringin untuk menggayakan baju Melayu pada hari-hari istimewa,” katanya kepada mStar Online.
2. Aizat Amdan Tak Mahu Bercakap Soal Jodoh
Penyanyi dan komposer popular, Aizat Amdan menerusi laporan Astro Gempak mengambil langkah mengunci mulut dengan tidak menjawab segala persoalan berkenaan dakwaan gosip cinta antara dirinya dengan seorang gadis baru-baru ini.
“Rasanya sudah tiba masanya untuk saya berhenti menjawab atau bercerita lagi tentang kehidupan peribadi.
“Saya harap semua pihak memahami keputusan saya ini. Saya tak nak bercakap soal jodoh yang kita sendiri tak tahu apa kesudahannya lagi.
“Insya-Allah saya akan kongsi perkara tersebut bila sudah tiba masanya,” katanya kepada Astro Gempak.
3. ‘Saya Kurang Sihat, Jadi Cepat Emosi’ – Izzue Islam Mohon Maaf Isu Luah Rasa Terkilan Di IG
Minggu lalu pelakon dan penyanyi popular, Izzue Islam telah meluahkan rasa terkilan terhadap pihak Starvilion yang didakwa cuba mensabotaj brand bajunya.
Namun begitu, menerusi sumber Sinar Harian Izzue telah memohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa hati dengan luahan hatinya.
Kata Izzue, hal itu telah diselesaikan secara baik dan perkara itu terjadi kerana terdapat masalah dalaman serta perselisihan faham.
Tambahnya lagi, apa yang sudah terjadi biarlah berlalu.
“Mungkin disebabkan saya kurang sihat pada ketika itu, jadi saya cepat emosi sedikit.
“Saya minta maaf atas luahan itu sekiranya menyinggung perasaan mana-mana pihak.
“Saya juga sudah berjumpa dengan pihak sana (Stavilion) dan mereka juga sudah menjelaskan perkara ini.
“Ini semua melibatkan isu dalaman dan ada missed communication. Tapi apa yang boleh saya kata, semuanya dah ok,” katanya.
4. Didakwa Curi Lukisan, Anzalna Cabar Individu Berkenaan Tunjuk Bukti!
Pelakon cantik, Anzalna meluahkan rasa geram menerusi akaun Instagramnya apabila ada seorang individu mendakwa lukisan yang dilukis olehnya adalah lukisan hasil tangan orang lain.
Katanya lagi, dia memintak individu tersebut menunjukkan bukti jika benar lukisannya itu bukan miliknya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI