1. Tahniah, Cristina Suzanne Kini Sudah Bergelar Isteri

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Pelakon popular, Cristina Suzanne telah selamat bernikah dan kini sudah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya.

Berita ini pernikahan Cristina ini menjadi perbualan ramai apabila pelakon ini memuat naik sekeping gambar di Instagramnya dan di ruang kapsyen pula penuh dengan ucapan tahniah atas perkahwinannya.

310318

A post shared by Cristina Suzanne (@cristinastockstill) on

Melalui carian di Instagram, MH terjumpa sebuah akaun milik @sitifaizaamira ada berkongsi gambar sekitar pernikahan Cristina dan suaminya.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Apapun tahniah MH ucapkan buat Cristina dan suami atas masjid yang dibina. Semoga rumah tangga mereka bahagia dan sentiasa dirahmati hingga ke syurga.

IKLAN

 

2. Bersemut Ucapan Ulang Tahun Sharnaaz Ahmad Buat Isteri!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Setiap kali tibanya hari ulang tahun perkahwinan bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti hari tersebut merupakan hari yang paling istimewa bagi setiap pasangan.

Pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad melalui akaun Instagramnya telah berkongsi sebuah video dan di ruang kapsyen pula dia memberikan ucapan ulang tahun perkahwinan buat isteri tercinta, Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa.

“Happy anniversary my darling @noornabila we have our ups and down.. but im always glad ull be there during both ups and down.. i love you and will always love u syg.. and the best gift for our anniversary is our little baby.. thank you for being my wife and sabar dgn perangai i syg.. i may not be the best husband in the world but im sure ur the best wife in this world.. @noornabila happy 1st anniversary syg,” tulis Sharnaaz.

Alahai bersemut betul ucapan Sharnaaz buat isteri tercinta. MH doakan rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke anak cucu.

IKLAN

 

3. Netizen Kata Dirinya Gedik, Elly Mazlein Tak Peduli Kritikan Negatif

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Sekarang ini di saluran TV3 sedang berjalan pertandingan nyanyian menerusi program Mentor Otai yang dibarisi oleh artis-artis hebat sebagai mentor seperti Tam Spider, Siti Sarah, Misha Omar dan Zarul Umbrella.

Pengacara bagi program ini pula merupakan pelakon cantik, Elly Mazlein dan penyampai radio, Haziq Hussni.

Penampilan Elly sebagai pengacara nampaknya mendapat pelbagai komen daripada netizen dan ada segelintirnya berkata Elly kelihatan ‘gedik’.

IKLAN

Namun begitu, pelakon ini tidak cepat melatah dan menerusi laporan Astro Gempak dia memberitahu bahawa, dia enggan peduli dengan kritikan negatif netizen.

“Sebagai orang baru, saya cuba memperbaiki kelemahan menerusi kritikan yang membina. Saya selalu bertanya kepada pihak produksi mengenai apa yang boleh saya tambah untuk memantapkan gaya pengacaraan.

 

“Namun begitu, saya enggan peduli dengan kritikan yang menjatuhkan dan menghina, lebih-lebih lagi dari netizen.

 

“Mereka nak kata saya gedik? Mereka tetap tonton juga saya menggalas tugas sebagai pengacara di kaca televisyen,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Elly juga menjelaskan bahawa cara pengacaraannya dipantau oleh pihak produksi dan sekiranya ada yang tidak kena, pihak produksi akan menegurnya.

 

4. Sharfiah Shahira Kongsi Pengalaman, Ditegur Majikan Kerana Tak Datang Kerja Tanpa Mohon Cuti

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon popular, Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera.

Selain daripada berlakon dan mengacara, Shiera juga merupakan seorang penyampai radio di Suria Fm.

Menerusi sumber Mstar Online, Shiera berkongsi pengalaman lucu pernah ditegur pihak pengurusan kerana tidak hadir ke pejabat.

Katanya kepada sumber, sebelum dia menjadi penyampai radio, dia sudah biasa bekerja tanpa sebarang pengawasan sebagai seorang pelakon dan dia tidak tahu akan peraturan bekerja di pejabat.

“Jujur, saya memang tidak tahu kalau hendak cuti kita perlu memohon cuti atau mengisi borang sehinggalah kejadian saya tidak datang ke pejabat sebab hendak ke luar negara.

 

“Sebelum ini mana pernah saya bekerja di pejabat atau mempunyai bos sebab dalam dunia lakonan mana ada isi borang semua itu, jadi saya ingat sama.

 

“Apa pun ia pengajaran dan pengalaman baru yang sangat berguna dan bermanfaat kepada saya,” katanya kepada Mstar Online.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI