1. Aiman Tino Terima Sijil The Malaysia Book Of Records

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hari Ini!

Wow tahniah MH ucapkan kepada Aiman Tino yang baru sahaja menerima pengiktirafan dan sijil The Malaysia Book Of Records atas percapaiannya untuk kategori Muzik Video Mencapai Tontonan Tertinggi Di YouTube (Malaysia).

Anugerah yang diterima ini secara tidak langsung telah menutup mulut netizen jahat yang sering mengecam dan menjadikannya sebagai bahan ejekan.

Siapa sangka, artis muda yang bersuara unik ini telah mengumpul jumlah tertinggi tontonan di Youtube sekaligus boleh dikatakan antara selebriti muda yang berjaya mencapai kejayaan membangakan.

2. Lana Nordin Kembali Berlakon?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hari Ini!

Sejak mendirikan rumah tangga dan berstatus ibu, Lana Nordin dikatakan telah membina satu kehidupan baru sebagai seorang suri rumah berjaya.

Sering berkongsi kehidupannya sebagai seorang isteri, ramai yang mula merindui pelakon jelita yang popular dengan gelaran Pamela Anderson ini.

Namun terbaru, Lana ada memuat naik sekeping gambar yang telah disolek cantik berlatar belakangkan rumah yang cukup mewah.

Melalui kepsyennya, Lana ada menyentuh sudah lama tidak posing photoshoot seperti ini dengan menggunakan hashtag #MIGDrama dan memuat naik video di sebalik tabir, sah Lana kini sudah mula memasuki dunia lakonan sekali lagi setelah sekian lama menyepikan diri!

IKLAN

MH tahu pasti ramai yang rindu dan ingin melihat Lana kembali beraksi di hadapan kamera!

3. Fathia Latif Buat Perangai Lagi!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hari Ini!

Dah kenapa dengan Fathia Latif baru-baru ni? MH ada perasan sewaktu Iqram Dinzly melakukan live video, tiba-tiba ada kelibat Fathia di ruangan komen.

Apa yang membuatkan ramai tidak berpuas hati adalah cara Fathia meninggalkan komen dikatakan sangat tidak berhemah dan melampau lebih lagi dia merupakan rakan selebriti.

Mana tidaknya, Fathia dengan sengaja meminta Iqram untuk membunuh diri, malah dia turut mempersoalkan tiada babak bunuh diri ke di dalam video ini.

IKLAN

Bagaimanapun Fathia mendapat ribuan makian dari netizen dan rata-rata tidak boleh menerima apa yang ditulis oleh Fathia.

Haish, macam-macam lah Fathia ni. Mungkin ini cara Fathia untuk dapatkan perhatian daripada orang ramai.

BACA:

Fathia Latif Masuk Live Video Iqram, Tanya Tak ada Babak Bunuh Diri Ke? Dah Kenapa?

4. Peminat Kpop ‘berdarah telinga’, Ini Responnya Eyka Farhana!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hari Ini!

IKLAN

Nampaknya sejak cerita Ustaz Korea Sebelah Rumah mula di mainkan di kaca TV, ramai yang meletakkan harapan yang tinggi terhadap drama ini. Lebih lagi apabila Nazim Othman yang berlakon.

Maklumlah, lelaki korea Malaysia! Namun, ramai pula yang tidak berpuas hati dengan heroin drama ini iaitu Eyka Farhana.

Menurut mereka cara percakapan Eyka dalam bahasa Korea sangat tidak kena dan boleh membuatkan telinga mereka berdarah!

Namun melalui mStar, Eyka memberitahu dia agak sedih dengan apa yang dilemparkan oleh netizen terutamanya kalangan peminat Kpop.

Menurutnya dia dan Nazim telah berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar cara sebutan yang betul.

Malah, dia meminta semua penonton menghargai penat lelah mereka mencuba sesuatu yang baru dalam dunia lakonan.

Katanya lagi dia seronok sepanjang pengambaran dan harap penonton turut dapat belajar bahasa Korea dalam masa yang sama.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI