1. Didakwa Perlekeh Nama Nabi, Ustaz Minta Jabatan Agama Islam Ambil Tindakan Terhadap Iqram Dinzly

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Berkenaan Dengan Iqram Dinzly, Berlaku Semalam…

Kelmarin menerusi satu program TV, pelakon lelaki yang sering disebut-sebut namanya sejak kebelakangan ini, Iqram Dinzly telah didakwa memperlekehkan nama Baginda Rasulullah SAW dengan memberi gelaran yang direka sendiri olehnya.

Rentetan daripada itu, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary telah menyelar tindakan Iqram memberi gelaran nama tersebut terhadap Rasulullah SAW.

“Jangan kamu jadikan panggilan nama kepada Nabi Muhammad S.A.W sesama kamu itu sama taraf.

 
“Imam Malik Bin Anas dan ulama-ulama tafsir Al-Quran Nur Karem yang lain mengatakan bahawa, dalam ayat ini menegaskan apabila kita ingin menyebut nama Nabi kita mestilah memuliakan nama Nabi ketika mana ingin menyebut namanya,” jelasnya dalam sebuah video.

Tambah ustaz ini lagi, tindakan Iqram memanggil nama Rasulullah SAW dengan nama ‘Che Mat’ itu merupakan satu penghinaan kepada Nabi.

Selanjutnya: [VIDEO] Memperlekehkan Nama Nabi, Ustaz Minta Jabatan Agama Islam Ambil Tindakan Terhadap Iqram!

2. Iqram Dinzly Tampil Mohon Maaf Isu Perlekeh Nama Nabi

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Berkenaan Dengan Iqram Dinzly, Berlaku Semalam…

Selepas mendapat teguran daripada Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary berhubung isu mempersenda nama Rasulullah SAW, Iqram tampil memohon maaf di atas kesilapannya dan menyatakan dia tiada sebarang niat untuk menimbulkan kontroversi.

Iqram menjelaskan situasi sebenar yang terjadi pada Sinar Harian. Menurutnya, ketika kejadian dia dalam keadaan kelam-kabut dan fikirannya terganggu sehingga tersalah menyebut nama Nabi Muhammad SAW dengan nama ‘Che Mat’.

IKLAN

Namun begitu dia dengan segera memperbetulkan kesilapannya selepas itu dengan menyebut nama penuh Rasulullah SAW.

Selanjutnya: Isu Che Mat, Iqram Mohon Maaf Kerana Terlalu kelam kabut & Tiada Niat Timbulkan Kontroversi

3. ‘Iqram Dinzy Perlukan Pertolongan’ – Caprice

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Berkenaan Dengan Iqram Dinzly, Berlaku Semalam…

Nampaknya isu yang mengaitkan Iqram yang didakwa memperlekehkan nama Nabi Muhammad SAW mendapat perhatian daripada seorang penyanyi rap yang sering berkongsi pendapat tentang isu semasa, Caprice.

IKLAN

Menurut Caprice menerusi perkongsiannya di Instagram, dia mengatakan bahawa Iqram dilihat kurang sihat dan memerlukan pertolongan daripada semua.

“This guy is unwell and his crying for help,” katanya.

Bagi Caprice setiap netizen yang melemparkan kecaman terhadap Iqram, media yang menemubual dan membiarkan dia bercakap sedemikian di televisyen dan ustaz yang menyerang pelakon ini atas kesilapan katanya menyebut nama Nabi dengan gelaran ‘Che Mat’ merupakan sebahagian daripada masalah.

“The viewer on his social media attacking him and provoking him, you are a part of the problem.

 

“If you’re the media allow him to say that kind of word on TV and if you’re the ustaz who attacking him, you to are a part of the problem,” katanya.

Caprice berkata kenapa dia berkata sebegitu adalah kerana sepatutnya mereka tidak mengecam atau menyerang orang yang benar-benar memerlukan pertolongan.

“You don’t attack or provoke someone who’s not well,” katanya lagi.

Ok jom kita dengar video penuh perkongsian Caprice berkenaan isu Iqram Dinzly ini.

IKLAN

You are a part of the problem. ?

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

4. ‘Tak Perlu Bagi Ustaz Gila Glam Tu Publicity’ – Damien

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Berkenaan Dengan Iqram Dinzly, Berlaku Semalam…

Isu Iqram yang dikatakan memperlekah nama Nabi ini nampaknya mendapat perhatian ramai malah rakan-rakan artis juga turut memberikan pendapat masing-masing.

Penyanyi rap dan komposer terkenal, Damien Mikhail juga nampaknya turut memberikan kata-kata semangat buat Iqram menerusi ruang komen di salah sebuah posting Iqram di Instagram.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Berkenaan Dengan Iqram Dinzly, Berlaku Semalam…

Nampaknya komen komposer tersebut mendapat respond daripada Iqram sendiri dan mereka turut berbalas-balas komen tentang isu ini.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Berkenaan Dengan Iqram Dinzly, Berlaku Semalam…

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI