1. Tahniah, Aishah Dinobat Juara Gegar Vaganza 4!

#MHBreakfirst: 4 Berita Gembira Dikongsi Bersama…

Persembahan memukau nyata menjadi momen bermakna buat Aishah apabila diumumkan sebagai pemenang Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang dipancarkan secara langsung di Astro Ria dan Ria HD dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bharu.

Kemenangan penyanyi asal Jempol, Negeri Sembilan itu nyata menepati ramalan ramai yang rata-ratanya percaya penyanyi berusia 52 tahun itu mampu memberi saingan sengit.

Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin menerima hadiah wang tunai RM100,000, sebidang lot tanah banglo, pakej bercutian ke Eropah, barangan kemas, vaucher membeli-belah Go Shop sebanyak RM6,000 dan piala.

SELANJUTNYA:

Tahniah, Aishah Dinobat Juara Gegar Vaganza 4!

2. Najwa Latif Tamat Belajar!

#MHBreakfirst: 4 Berita Gembira Dikongsi Bersama…

Alhamdulillah, rasanya lama dah MH tak dengar berita penyanyi yang terkenal dengan lagu Muka Buka. Namun melalui akaun instagramnya MH dapati gadis manis yang pernah cipat fenomena penyanyi Youtube ini telah tamat pembelajarannya di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).

Najwa yang telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), mempunyai impian untuk bergelar seorang pensyarah dalam masa tiga tahun akan datang.

Najwa yang juga merupakan duta UNITAR memberitahu di ruangan kapsyen dia sangat teruja untuk memberitahu ahli keluarganya dan semua orang salah satu matlamat 2017nya tercapai.

IKLAN

SELANJUTNYA:

[GAMBAR] Najwa Latif Capai Matlamat 2017, Selamat Bergelar Siswazah!

3.[GAMBAR] Tahniah! Neves Pretty Ugly Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

#MHBreakfirst: 4 Berita Gembira Dikongsi Bersama…

Bila sebut tentang kumpulan Preety Ugly MH tahu pasti ramai gadis-gadis menjerit apabila mendengar lagu-lagu mereka.

Ya, tidak dinafikan aura kumpulan ini sungguh besar di awal tahun 2000. Antara lagu popular mereka adalah seperti Diari Seroang Lelaki, Jika Diberikan Satu Peluang dan Bidadari.

MH mendapat khabar gembira tentang vokalis kumpulan ini apabila akhirnya Neves atau nama sebenarnya Raizan Zainal Abidin, 43 telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya Noorliana Umar, 36 pagi tadi.

IKLAN

Majlis yang telah dihadiri dengan 100 orang jemputan ini telah diadakan di Surau Damansara Perdana yang dihadiri oleh ahli keluarga kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Umar Ackiyak dan disaksikan oleh penolong pendaftar Nikah Masjid Al-Makmuriah Daerah Petaling, N. Mastori Marsidi.

SELANJUTNYA:

[GAMBAR] Tahniah! Neves Pretty Ugly Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

4.TAHNIAH! Kini Farid Kamil, Aaron Aziz Bergelar Datuk

#MHBreakfirst: 4 Berita Gembira Dikongsi Bersama…

IKLAN

Jutaan tahniah MH ucapkan kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil dan selebriti kelahiran Singapore yang baru sahaja menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk.

Nama kedua selebriti yang punyai pengaruh mereka tersendiri dalam industri tanah air ini tersenarai dalam 169 nama yang turut menerima g tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan sebentar tadi.

MH percaya Farid kamil yang punyai pelbagai pengalaman dalam industri serta penat lelah yang dilaluinya terbayar apabila menerima kebesaran dan anugerah ini.

Begitu juga dengan Aaron Aziz yang banyak berhenlas pulas bagi menjayakan beberapa filem dan drama di Malaysia!

Apapun MH harap kedua-dua pelakon ini dapat memberi contoh yang baik dan memberi inspirasi kepada pelapis-pelapis baru dan muda untuk jangan mengalah mengejar cita-cita.

SELANJUTNYA:

TAHNIAH! Kini Farid Kamil, Aaron Aziz Bergelar Datuk

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI