
Pelakon Datin Niena Baharun ada memuat naik foto terkininya yang nyata mendapat perhatian daripada para peminatnya.
Mengenakan top kuning, penampilan terkininya yang sedang hamil anak kedua cukup memukau pandangan.
“2nd Trimester,” tulisnya ringkas.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata wargamaya memuji penampilan bintang Jangan Benci Cintaku yang disifatkan berseri-seri.
Malah tidak kurang yang membuat andaian bintang cantik ini sedang mengandungkan bayi perempuan.
Untuk rekod, Niena atau nama sebenarnya, Amaniena Kamarul Baharun mendirkian rumah tangga bersama suaminya yang juga ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus selamat bernikah pada 1 Februari lalu di Kota Bharu.
Foto: Instagram Niena Baharun
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI