Meski Anak Sudah Sebulan Meninggal Dunia, Ali Puteh Mahu Terus Kuat Di Pentas MLM Suku Akhir Malam Ini!

Share

Pelawak Ali Puteh berharap agar dirinya terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangannya berentap di program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) malam ini dalam peringkat suku akhir.

Pemilik nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut meluahkan bahawa perjalanan kehidupannya sangat berat untuk dihadapi kerana perlu bersaing dengan peserta MLM 2019 dan telah kehilangan anak tersayang, Sharifah Nur Ainul Mardhiah baru-baru ini.

“Esok (hari ini) suku akhir dah.. Cepat mase berlalu.. sebulan dah arwah adik tinggalkan dunia ini dan bermain di taman syurga.

“Doakan walid terus kuat bersaing di atas pentas keramat ini…berat mata memandang berat lagi bahu memikul..semoga ada kekuatan untuk terus bersaing esok,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan sokongan kepada Ali agar urusannya dipermudahkan.

Ali bakal bersaing di peringat suku akhir malam ini bersama kumpulan Puteh yang turut dianggotai Mamak dan Man Raja Lawak.

Terdahulu, Ainul,3 bulan, meninggal dunia pada 26 November lalu selepas mengalami komplikasi jantung.

Program tersebut bersiaran setiap hari Jumaat jam 9 malam secara langsung di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).

Foto : Instagram Ali Puteh

IKLAN