Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar telah memuat naik satu keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar meluahkan rasa rindu untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.
Lebih murni, bekas penyanyi kumpulan Elite ini berharap dapat menunaikan ibadah haji pada tahun hadapan.
Ads
“Masih Merindui Tanah suci Mekah..Ya allah makburkan la doa ku utk menunaikan ibadah haji pada tahun 2020 #roadtoumrah #umrahloka #lindarafaratwork #lindarafarisback #lindarafarsharing,” tulisnya.
WMemperlihatkan keindahan Pandai Mertasari Sanur sebagai objek latar, pelakon, Eyka Farhana yang kini berada di Bali memuat naik sekeping foto yang menjadi bahan bualan netizen.
Semuanya gara-gara objek yang terdapat di tangannya.
“Tewas jua akhirnya.demam tinggi.bila check kena influenza b.elok lah duk sepital kang duk umah takut anak berjangkit pula,” tulisnya ringkas.
Feeya turut berkongsi momentnya berada di hospital di Insta Stories.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, ruangan komen bintang berusia 30 tahun itu dihujani dengan komen peminat yang mendoakan agar dirinya segera sembuh seterusnya dalam menjalani rutin seperti biasa.
Foto: Instagram Feeya Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Liyana Jasmay mendedahkan, dia juga turut pernah mengalami situasi berdepan dengan kritikan berunsurkan ‘body shaming’ ketika zaman remajanya.
Malah lebih teruk, bintang filem Khurafat itu, dia pernah dituduh hisap dadah gara-gara kelihatan sangat kurus.
Menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini, sehingga kini dia masih ingat akan situasi yang berlaku.
“Kisahnya, ketika sebelum saya berkahwin saya ada promosi satu filem. Barisan pelakon filem tersebut kebanyakannya perempuan dan saya yang paling kurus antara mereka.
“Tiba-tiba ada seorang ni datang kat saya dia cakap ‘eh you hisap dadah ke?’. Terus saya terkedu.
“Mungkin bagi sesetengah orang, ada yang anggap ia kelakar tapi sebenarnya tidak. Perkataan dadah adalah satu perkataan yang sangat berat.
“Cuba awak bayangkan orang tu cakap dekat saya ketika saya umur 19 tahun. Boleh bayangkan tak impak dia macam mana?” Luahnya.
Lalu, bintang ini berpendapat perkara sedemikian tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan lawak.
“So saya rasa tak perlu nak buat lawak benda-benda yang macam ni lah.
Tak kisah anda pelawak atau tidak, ia tak perlu nak jadikan ‘body shaming’ sebagai bahan. Tak bagus sebenarnya,” kongsi Liyana kepada MH.
Terdahulu, penyanyi Aku Tak Percaya Cinfa ini ditemui MH ketika sidang media program All Stars Buka Panggung yang berlangsung di Nicsmann, The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.
Selain Liyana, pentas komedi tersebut bakal turut dipersembahkan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Aaron Aziz, Datin Seri Umie Aida, Datin Diana Danielle, Rita Rudaini, Fahrin Ahmad, Izzue Islam, Ruhainies dan ramai lagi.
Program komedi All Stars Buka Panggung akan ditayangkan pada 6 September depan di saluran Astro Warna (CH132) dan Astro Warna HD (CH124).
Foto: Instagram Liyana Jasmay
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.