Bersaksikan 2,400 peminat setianya, penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian berkongsi rasa sedih apabila impiannya untuk membalas jasa dan menggembirakan Allahyarham ibunya, Lina Jubaedah tidak kesampaian.
Menerusi Konsert Rizky Febian Live In KL yang berlangsung di Zepp, Bukit Bintang pada malam Khamis, Rizky atau nama sebenarnya, Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 24, secara intimasi bersama peminatnya berkongsi perasaan sulit di lubuk hatinya sangat merindukan insan tercinta yang terlebih dahulu telah dijemput Ilahi pada bulan Januari 2020.
Dalam konsert berskala besar pertamanya di Kuala Lumpur ini, Rizky juga turut menitipkan pesanan buat peminatnya agar sentiasa menghargai insan-insan tersayang di sekeliling kerana tidak mahu rasa penyesalan yang menebal di hatinya turut dirasai orang lain.
“Kalau ditanya pada saya, penyesalan paling dalam sepanjang kehidupan saya ialah apabila arwah ibu tidak dapat melihat konsert saya.
Ads
“Dulu saya selalu hanya fokus dengan impian saya (ceburi bidang muzik) serta ingin bahagiakan orang tua, namun bila dia sudah tiada, baharu timbul rasa penyesalan kerana tidak dapat berkongsikan momen seperti ini dengan arwah ibu.
“Dulu saya merasakan impian saya (mengadakan konsert) tidak mungkin akan terjadi, tetapi rencana Tuhan itu cukup cantik.
“Berkat daripada doa orang tua saya, kalau tiada restu daripada kedua ibu bapa, kita pasti akan salah jalan.
Ads
“Oleh itu, saya tidak mahu lagi timbul rasa penyesalan buat kali kedua dan saya dedikasikan konsert ini buat ayah, Sule, tiga adik saya serta teman wanita, Mahalini. Mereka semua menjadi inspirasi untuk saya terus berkarya buat kalian,” kata Rizky sebaik selesai mengalunkan tiga lagu pertama konsert tersebut.
Dianjurkan The Jay Events & Media, Rizky Febian Live In KL menyaksikan Rizky mengalunkan 16 seleksi lagunya yang mendapat sorakan gemuruh daripada penonton yang rata-ratanya ‘sing-along’ bersama karya-karya seninya itu.
Ads
Tepat jam 8.35 malam, Rizky membuka tirai dengan lagu Penantian Berharga disusuli Ragu, Cuek, Indah Pada Waktunya, Makna Cinta, Berpisah Itu Mudah, Kesempurnaan Cinta, Salah, Mantra Cinta, Cukup Tau, Reuni, Menari, Hingga Tua Bersama, Seperti Kisah, Terlukis Indah dan Tak Lagi Sama.
Konsert ini turut menjadi antara yang paling akan diingati Rizky kerana menurutnya ini merupakan persembahan pentas pertama yang dihadiri bapanya, Sule, pelawak terkenal Indonesia yang sebelum ini tidak mempunyai kelapangan waktu untuk berbuat demikian berikutan terikat dengan komitmen kerja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas meledaknya fenomena drama Melur Untuk Firdaus, bukan sedikit perhatian yang diberikan peminat tempatan serta dari Indonesia terhadap pasangan hero dan heroinnya iaitu Meerqeen dan Anna Jobling.
Keserasian yang tercipta menerusi drama itu juga dilihat sering dibawa ke luar apabila Meerqeen dan Anna dilihat sering berbalas komen mesra di laman sosial masing-masing.
Dalam ramai-ramai yang suka, pastinya timbul juga ‘haters’ yang dikatakan sudah mula jelak dengan kemesraan yang ditonjolkan dua pelakon muda itu.
Menjawab mengenai perkara tersebut, Anna atau nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkata dia tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya ada mana-mana pihak yang kurang selesa mengenai perkara tersebut.
“Itu platform media sosial saya, jadi saya boleh buat apa yang saya suka. Kalau ada yang meluat ke, tak suka ke, boleh block saya dan jangan tengok.
“Saya tak kacau orang pun,” katanya kepada MH.
Sementara itu, berbicara mengenai karier seni, Anna berkata dia akan terbang ke Jakarta pada bulan ini untuk memantapkan lagi kerjayanya di sana memandangkan sudah mempunyai bilangan peminat yang cukup ramai di negara seberang.
“Saya akan terbang ke Jakarta untuk memenuhi undangan beberapa rancangan hiburan di sana selain ada perbincangan untuk menggembangkan kerjaya seni di sana,” kata Anna lagi.
Melur Untuk Firdaus mencipta fenomena luar biasa di Indonesia malah kedatangan Anna dan Meerqeen ke sana baru-baru ini diberi sambutan hangat oleh peminat fanatik mereka.
Drama arahan Zamri Zakaria itu bakal muncul untuk musim kedua tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon popular, Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sepang, Selangor atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial miliknya.
Memetik Harian Metro, Zul atau nama sebenar, Zul Ariffin didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Noorhisham Mohd Jaafar.
Hadir seawal jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam di Kompleks Mahkamah Sepang, pelakon berusia 36 tahun itu turut diiringi oleh peguam yang mewakilinya dan rakannya.
Zul sebelum ini didakwa berkongsi video ‘babak panas’ bersama seorang pelakon wanita sebagai promosi drama bersiri terbaharu lakonannya menerusi laman Instagram pada April lalu.
Selain mengundang kecaman netizen, video yang dimuat naik itu juga turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Adegan di dalam video itu mengundang kritikan rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam kerana drama itu dimaklumkan akan ditayangkan semasa Ramadan tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang kini sedang bersaing dalam progra Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom berkongsi kisah hidupnya sewaktu memilih untuk meniggalkan suami dalam keadaan sedang hamil anak ketiga.
Susulan itu, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram mengakui dia juga melahirkan anaknya seorang diri.
“Saya tidak salahkan sesiapa, mungkin jodoh tak panjang. Masa saya tengah hamil dua bulan saya hidup sendiri, tidak sebumbung dengan suami. Daripada baby dalam perut itu berusia dua bulan saya bawa diri sendiri ke Langkawi.
“Sehinggalah saya lahirkan dia pun seorang diri, tak ada orang azan, tak tahu nak minta tolong siapa. Bila balik dari hospital tu, keadaan kita yang tiada suami. Susahlah seorang-seorang,” katanya.
Tom berkongsi situasi sukar itu menerusi sedutan rakaman temu bual sebelum persembahan, malam tadi.
Tom pada masa sama berharap dalam apa saja keadaan, dia akan tetap cuba membesarkan anak-anaknya dengan baik.
“Saya ada tiga orang anak, tapi yang saya jaga hanya dua orang. Untuk anak Mama, Adam. Mama minta maaf sebab tak dapat jaga Adam. Harap satu hari nanti kita akan dapat jumpa.
“Dan juga buat dua anak Mama, Mama buat semua ni untuk kami. Mama sanggup dikecam takpe, tak kisah. Janji Mama dapat lakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan kita,” katanya lagi.
Anak sulung Tom yang kini berusia 14 tahun kini dijaga sepenuhnya oleh bekas suami, sementara dua anaknya lagi bersamanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...