
Pelakon dan pengrah Pekin Ibrahim, ada meraikan sambutan ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta, Mona Allen lalu ia diabadikan di Instagram.
Meski disambut secara sederhana bersama sebiji kek, si isteri yang dirai turut berkongsi foto kucupan mesra dari si suami di pipi.
Pada masa sama, bintang filem Suatu Ketika itu ada memberikan ucapan seterusnya menitip pesanan buat suri hatinya itu.
View this post on InstagramA post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words) on
“Selamat Hari Ulang tahun kepada isteriku @mona.allen, supaya 2020 Allah memberi u kesihatan yang baik, rezki yg melimpah ruah, dan segala perancangan kita di permudahkan & di berkati oleh Nya.
”Merendah diri, bersedekah, dan sentiasa ingat rezki itu datang dari Allah. Sebagai anak seni, berkaryalah, dan sentiasa sedar ruang & terus belajar utk memperbaiki diri.
”InsyaAllah akan di kenang sampai bila-bila. Amin, love u,” tulis Pekin sambil disambut dengan ucapan doa serta dedikasi dari peminat.
Terharu atas titipan kata yang diberikan, Mona dilihat turut memberikan respon.

Terdahulu, Pekin dan Mona mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan pasangan ini masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
Foto: Instagram Pekin Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Terima Sumbangan Lebih RM100k,” – Puteri Balqis Bakal Bersekolah, Hans Isaac Kagum Sokongan Rakyat Malaysia

Penderitaan yang ditanggung pelakon remaja, Puteri Balqis menerima reaksi hebat rakyat Malaysia dan banyak pihak tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang digalas dua beranak ini.
Jelas Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac, pihak Finas akan turut sama membantu dan sedang merancang beberapa projek untuk diusahakan bersama Puteri.
“After many individual tagged me on my social media, Iv requests Finas team to look into the matter of Puteri Balqis. I’m glad to say that we are currently in mids of putting together some support. ( as a agency, we need approvals with proper documentation before giving any support to any individual). Iv also taken the liberty to speak to astro and media prima in support of adik Balqis,” jelasnya.
Menurut Hans lagi, menurut sumber daripada Media Prima, difahamkan sumbangan yang diterima sehingga kini berjumlah lebih RM100,000 dan semua buku yang diterbitkan juga telah habis dijual.
Malah, ibunya, Norashikin Mohd Aziz turut merancang untuk menghantar anaknya ke Kelas Bahasa Inggeris dan sekolah awam berdekatan.
“Having said this , A source from Media Prima quoted:
“1) After we had aired the news on Balqis, it generated strong interests from many parties including organizations. Some media reps like Harian Metro came to visit her & covered her story. Organisation like Persatuan Pengguna Islam Malaysia had also paid a visit & offered to help.
“2) Once the drama episode where Balqis had acted in was on air on TV3 last Sunday, her story got viraled & trended (on Youtube etc.). Her mother got more than RM100k donation from the public & all the remaining books that she was selling got immediately sold out. This money practically paid of the capital. Since the mother no longer owes her friend (for the capital of the books), all earnings from the book sales are now shared between her and her friend. The mother & her friend are now planning to print another 250 copies of those books to meet the current demand. The mother has also arranged for Balqis to take an exam for her to be admitted into an English class. She is also considering to send Balqis to a nearby public school,” jelasnya.
Selain itu, Pusat Zakat Selangor turut menawarkan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu untuk menjadi penceramah motivasi kanak-kanak.
“3) Pusat Zakat Selangor (PZS) had offered to take Balqis as a motivational speaker for their kids events & they are open to collaborate with Media Prima to help Balqis secure proper book deals.
Well done En. Johan , Dato Idzam and the Media Prima Team,” maklum Hans menerusi laman Instagramnya.
A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on Jan 14, 2020 at 4:19pm PST
Terdahulu, kisah Puteri Balqis tular di laman sosial apabila kesusahan hidup bersama ibu disiarkan menerusi program Bersamamu di TV3.
Foto : Instagram Hans Isaac
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Selain pemuzik, Fendy Adlun membuat pendedahan mengenai kisah perpisahan bersama bekas isteri yang juga vokalis wanita untuk kumpulan Caliph Buskers, Nurnadira Rubina, wanita ini turut memberikan pencerahan mengenai kisah perceraian mereka lebih dua tahun lalu.
Menerusi Instagram, pemuzik dan penyanyi ini memberikan penjelasan panjang.
Jelasnya, apa yang dikongsikan adalah bagi menjelaskan kekeliruan.
A post shared by Nadira (@missnadiralalala) on
“Kisah semalam hanya sejarah yang mengajar diri untuk menjadi lebih kuat. Dua tahun merahsiakan, jalan yang terbaik adalah berterus-terang agar tiada lagi kekeliruan dan tanda tanya dari mana-mana pihak.
”Tiada siapa yang inginkan perpisahan. Namun sebagai manusia, siapa kita untuk menidakkan apa yang sudah tertulis. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ya, aku redha dengan ketentuan ini.
”Allah takkan turunkan sesebuah ujian jika kita tidak mampu untuk menghadapinya.
Tiada lain yang diharapkan, walau pun hubungan kita sebagai suami isteri telah pun berakhir, aku harap kita dapat berbaik jadi kawan sampai bila-bila.
”Moga kita dapat menjalankan amanah dan memikul tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga dan membesarkan puteri kesayangan kita, Nurazalea Zafirah dengan baik, dengan penuh kasih sayang,” maklumnya.
Dia pada masa sama turut merakamkan ucapan terima kasih buat bekas suami atas tanjunggawabnya selama ini.
“Buat Fendy yang pernah menjadi suamiku suatu masa dulu, terima kasih kerana telah hadir dalam hidup ini.
”Terima kasih kerana telah menjagaku walau dalam waktu yang singkat. Berjuta kemaafan ku pohon dari hati yang terdalam.
”Aku mohon ampunkan segala salah silap sepanjang beberapa tahun aku menjadi isteri, halalkan segala makan minumku selama ini. Meski pun jodoh kita tak panjang, jangan anggap ini sebagai yang terakkhir untuk kita.
”Tapi anggaplah ini sebagai satu titik permulaan untuk kita memulakan cerita baru, juga langkah baru dalam fasa kehidupan yang baru.
”Aku doakan semoga kau berbahagia, moga dipertemukan dengan insan yang lebih baik. Satu je aku nak pesan, cari pasangan yang bukan hanya sekadar sayang diri kita, tapi carilah seseorang yang boleh terima kita seadanya, boleh terima dan sayang anak kita seperti anak-nya sendiri walau dalam apa jua sekali pun keadaan atau kondisi anak kita.
”Dengan penjelasan ini, diharapkan selepas ini kita dapat menjalani kehidupan masing-masing dengan lebih tenang.
”Moga ada sinar kebahagiaan dan kebaikan untuk kita berdua. Sekali lagi, maafkan aku.
Ikhlas dari: Nurnadira rubiana,” jelas Nadira panjang lebar.
Fendy turut berkongsi luahan hatinya di laman Instagram mengenai hal terkait.
A post shared by Fendy Hpilacreksub (@fendydrummer_caliphbuskers) on
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2014 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.
Hasil perkahwinan itu, keduanya mempunyai seorang cahaya mata, Nurazalea Zafirah yang kini mencecah usia lima tahun.
Foto: Instagram Nurnadira, Fendy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
Padah Simpan & Kurung Anak Beruang Matahari, Peserta Rockanova, Zarith Sofia Didenda RM27k

Terdahulu, kecoh di laman media sosial mengenai tindakan bekas peserta program realiti ‘Rockanova’, Zarith Sofia yang didakwa membela dan mengurung seekor anak beruang matahari di kediamannya.
Ia difahamkan berlaku sekitar Jun tahun lalu.
Menurut Berita Harian Online, Zarith atau nama sebenarnya Zarith Sofia Md Yasin telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM27,000 oleh Makhamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Rabu selepas mengaku bersalah ketika kes ditetapkan untuk sebutan semula oleh Hakim.
Difahamkan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak amaun yang tersebut bagi kesalahan menyimpan manakala RM7,000 atas tuduhan mengurung haiwan berkenaan.
Selain itu, pihak mahkamah turut memerintahkan Sofia menjalani tambahan hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar kedua-dua denda berkenaan.
Imbas kembali, wanita berusia 28 tahun itu ditahan pada jam 8.00 malam selepas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerima maklumat awam dan membuat pemeriksaan mengejut di kediamannya di Kuala Lumpur.
Foto: Berita Harian Online, Instagram Zarith Sofia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

