“Mereka Yang Terlibat Dengan ‘Drama Magrib’ Ada Mulut Yang…,”- Akibat Salah Fakta, Beto Kusyairy ‘Sekolahkan’ Akaun Twitter Ini

Share

Pelakon versatil, Beto Kusyairy meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah akaun Twitter yang bertindak merendah-rendahkan kualiti drama tempatan terutamanya ‘drama magrib’.

Segalanya bermula selepas akaun tersebut telah memuat naik sebuah gambar drama lakonan Beto tetapi dengan fakta yang salah.

“Jangan main petik gitu aje brader. Gambar aku kot yg kau post dgn caption merendah2kan ni.

“Bila ada yg tegur dengan selamba kau kata ”gambar main ambik kat Google”.

“Ps: Ini drama Kisah Tok Kadi musim kedua yg hanya ditayangkan di tv Singapura & bukan pada waktu Maghrib,” tulisnya.

Tambah Beto lagi, akaun tersebut tidak sepatutnya merendah-rendahkan martabat pelakon yang memilih untuk melakonkan drama-drama yang disiarkan pada waktu petang.

“Terima kasih untuk ini. Saja nak kongsi kadangkala mereka yang terlibat dengan ‘drama maghrib’ ini tidak punya pilihan kerana di rumah ada mulut yg nak disuap & segala macam bil yg perlu dibayar.

“Hormat menghormati..itu sebaiknya,” ulas Beto.

Kenyataan Beto itu turut mendapat perhatian seorang lagi pelakon iaitu, Azhan Rani.

“Aku salah seorang pelakon yang pernah ambik gaji dari drama maghrib.

“Walaupun bukan hero tapi aku salah seorang jugak macam kau cakap sahabat kalau peluang tu banyak aku pun akan pilih yang terbaik.

“Maybe aku boleh pilih watak optimus prime dalam next movie transformers kannn,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat pelakon-pelakon tersebut.

Pada pendapat MH, tidak kisahlah drama apa yang ingin dilakonkan seseorang pelakon itu kerana setiap drama memiliki sasaran penonton yang tersendiri.

Apapun kita sebagai penonton, harus menghormati keputusan mereka.

Sumner: Twitter Beto Kusyairy

IKLAN