
Suami kepada pelakon, Ummi Nazeera, iaitu Dr. Izzar Anwari, meluahkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir pihak yang gemar membuat andaian tanpa usul periksa serta menabur fitnah terhadap staf-staf di hospital atau klinik kesihatan.
Mengulas isu tular mengenai aduan bahawa tiada staf bertugas di kaunter fasiliti kesihatan pada waktu tengah hari, Dr. Izzar menjelaskan, tempoh masa tersebut merupakan waktu rehat rasmi seperti yang telah ditetapkan dalam waktu operasi.

“Sudah nak masuk 2026 tapi masih ada yang petik kaunter di fasiliti kesihatan tiada staf pada waktu rehat tengah hari?
“Kaunter hospital (bahagian kecemasan), staf tengah uruskan kes kecemasan. Syukur anda masih mampu menunggu sambil ambil gambar kaunter.
“Kaunter klinik kesihatan pula, staf tengah rehat, makan atau solat. Mereka juga manusia. Perlu rehat,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh Dr. Izzar menerusi satu hantaran di aplikasi Thread.
Dalam masa sama, Dr. Izzar turut menyeru semua staf kesihatan agar terus cekal dan ikhlas menjalankan tanggungjawab, walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai persepsi negatif masyarakat.

“Kepada semua staf-staf kesihatan, memang kita sentiasa diuji dengan ketidakpuasan hati individu-individu yang membuat komen tanpa usul periksa hal sebenar (tabayyun).
“Tak mengapa, itu masalah mereka. Yang penting kita sendiri, rakan sekerja, serta bos kita tahu apa kita buat itu tak salah.
“Sentiasa ikhlaskan diri dalam bekerja. Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, kita cari rezeki yang halal untuk keluarga kita.
“Kita tak boleh ubah mereka. Tapi kita ubah mentaliti kita. Bertabah semua. InsyaAllah,” kongsinya lagi.
Seruan Agar Masyarakat Lebih Bertanggungjawab
Dalam pada itu, Dr. Izzar turut menegur masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap setiap hantaran yang dikongsi di media sosial, khususnya membabitkan maklumat berkaitan perkhidmatan kesihatan awam.

“Kita kena ubah benda ini. Nak kongsi suatu berita tanpa mengesahkan dahulu kebenaran berita tu dikira fitnah la kan.
“Mungkin dalam mengejar nak viral kita lupa jati diri, integriti dan kesan fitnah kepada yang difitnah.
“Moga kita semua dijauhkan. Termasuk diri saya sendiri,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Thread Dr. Izzar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




